Isnin, 28 Disember 2009

MAHFUZ DaH KeCuT PeRuT....



MASUK PLUG TERUS CUCUH
BADAN SEKSI LONGLAI TUBUH
PARTI ISLAM SEMAKIN KECOH
AHLI PAS MENGAMUK, UMNO DITUDUH


TIDUR SEBANTAL DENGAN DAP & PKR
ADA YANG NAMPAK KAKI ADA YANG NAMPAK PUNGGUNG
PARTI ISLAM DAH HILANG SASAR
KEBURUKAN PARTI SENDIRILAH TANGGUNG


ORANG MELAYU BERPECAH TIGA
TANAM SAWIT BUBUH BAJA
ORANG MELAYU MESTI BERJAGA-JAGA
SEBUT PARTI POLITIK SAMA SAHAJA


SEJUK PUTIH WARNA SALJU
BELAJAR BM BUAT AYAT
POLITIK KUKUH NEGARA MAJU
UMNO BERPENGALAMAN JUARA RAKYAT..

Isnin, 21 Disember 2009

KONVENSYEN PEMBANGKANG GAGAL.....

Kerusi cantik tukar kusyen
Hari-hari tengok mayat
Orang konvensyen, dia nak konvensyen
Semuanya takut nak daftar Pakatan Rakyat

PR nampak tak sepakat
Masih ada rakyat terpikat
Hari-hari nak kena angkat
Tak tahu siapa yang kena lipat

Ada bibik hati senang
Tuan rumah jadi MEM
Tak boleh tengok orang senang
Semua Presiden nak jadi PM

PAS kata aku PM
DAP kata aku PM
PKR kata aku PM
Akhirnya semua nak jadi PM

........... Negara Huru-Hara, Rakyat Sengsara.....

Dunia...PERKASA..........

ADA NAK MAJU...ADA NAK HANCUR....

Zaman sekarang ada dua jenis kelompok manusia...

Kelompok 1...
Sentiasa berusaha jalankan amanah & tanggungjawab untuk majukan rakyat Malaysia. Untuk pastikan kadar kemiskinan rakyat Malaysia semakin berkurangan setiap tahun hingga sasaran sifar pada 2015...Berbagai idea di gunakan untuk tarik pelabur-pelabur luar supaya melabur dalam negara..Apabila ada pelabur maka adalah peluang pekerjaan, maka aktviviti ekonomi dalam negara pun bertambah, maka peniaga-peniaga akan berjaya dan akhirnya rakyat akan maju begitu juga negara...Pemimpin dalam kelompok 1 ini, sentiasa berusaha untuk memastikan seluruh kaum dan bangsa Malaysia terjamin dan terbela tanpa ada yang terpinggir...

Kelompok 2...
Sentiasa berusaha untuk musnahkan negara. Mereka akan rancang berbagai perkara untuk menghuru-harakan negara, i.e. demonstrasi jalanan, boikot aktiviti Kerajaan BN, menabur pelbagai fitnah, menghasut supaya timbul rasa benci, menghalalkan apa jua cara, bernafsu yang amat jahat kerana nakkan kuasa... Apabila ini berlaku maka pelabur-pelabur akan lari meninggalkan negara, tiada peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi merosot dan akhirnya negara menjadi mundur....Pemimpin dalam kelompok 2 ini, sentiasa berusaha untuk pastikan hubungan sesama kaum dan bangsa yang dijaga sejak 50 tahun akan terburai semata-mata kerana nakkan kuasa......

DEMO...FIKIRLAH SENDIRI.......

Selasa, 15 Disember 2009

PM....TERUSKAN USAHA

PM....Teruskan usaha untuk menstabilkan ekonomi negara walaupun ekonomi dunia merundum. Satukan hati kami sebagai rakyat Malaysia dalam berbilang kaum agar selamat dan dapat nikmati kemakmuran negara.

Jangan dihiraukan segala ancaman-ancaman daripada politik pembangkang yang rakus dan ganas kerana untuk dapatkan kuasa bagi memuaskan nafsu serakah, tanpa mengambilkira mana yang wajib dan mana yang haram.

PM.........bantulah kami generasi muda yang sentiasa dikelirukan oleh idea-idea daripada pihak yang sentiasa berusaha untuk pecahbelahkan orang-orang Melayu.....

BANGKITLAH MELAYU............KERANA TANAH MELAYU...........MILIK ORANG MELAYU....

Selasa, 1 Disember 2009

PAS Kelam Kabut!!!

Punca Pas kelam-kabut :-

1. Suka sangat katakan Umno tu kafir, haram, tak masuk syurga, firaun...akhirnya siapa yang huru-hara sekarang?

2. Dulu katakan Umno berbaik-baik dengan parti bukan Islam, makanya siapa yang sokong Umno akan terus masuk neraka jahanam....Tapi sejak Pas "love couple" dengan DAP, lagi teruk sebab ikut telunjuk DAP...

3. Dulu dituduh pemimpin Umno korup, perasuah dan kroni......Sekarang siapa yang korup (Taja Haji, kroni menantu, pilih kasih)

4. Dulu dikatakan perjuangan Umno bezakan dunia & agama...Sekarang siapa yang sanggup samakan hukum Agama Islam dengan hukum ciptaan manusia (Bukan Islam boleh permainkan ayat-ayat Al-Quran, cipta Bai'ah untuk parti politik dunia)

5. Dulu tuduh pemimpin Umno sebagai kafir dan firaun......Sekarang dibolehkan kita berdoa untuk memusnahkan sesama manusia / muslim..

RENUNGKANLAH WAHAI MANUSIA MALAYSIA.....ANA