Selasa, 26 Januari 2010

Gambaran DSAI!!!!

Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama. Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat-menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah. Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.

Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al-Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah " (Ali-Imran, 3:64)

Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut:
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri (al-Ankabut, 29:46)

Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a. yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan dan tempat suci penganut agama Kristian. Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.

Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno. Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut. Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.

Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.

Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.


ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

KOMEN

Timbul beberapa persoalan dikalangan kengkawan kome.....

1. Orang Islam ada Rukun Iman, pecaya kepada Allah sebenar-benarnya. Bagaimana dengan orang kristian ada kah mereka pun percaya Rukun Iman??..Maka bagaimana DSAI boleh samakan keyakinan orang Islam kepada Allah sama dengan orang kristian??

2. Surah Al-Imran (19) - "Sesungguhnya tiada agama lain disisi Allah melainkan Islam..". Maknanya hanya Islam yang diterima oleh Allah..maka tak boleh samakan Islam dengan agama lain...

3. Ahli kitab yang sebenar ialah yang benar-benar taat kepada kitab Allah yang original, bukannya kitab yang telah dipinda / diubah mengikut selera zaman. Adakah penganut kristian sekarang taat kepada kitab Injil yang original yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.??

Renung-renungkanlah wahai manusia yang berakal sekelian...

Isnin, 25 Januari 2010

Zulkifli double standard – Khalid

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menganggap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengamalkan double standard dan tidak mempunyai pendirian konsisten apabila membuat laporan polis terhadapnya semalam.
Katanya, jika benar Zulkifli tidak bersetuju dengan pandangannya, beliau juga sepatutnya membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mempunyai pendirian yang sama dengannya.

Tambahnya, beliau tetap berpegang dengan kenyataannya sebelum ini kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan pendirian rasmi Pas dan PKR.

“Saya tidak tahu kenapa dia ‘minat’ sangat dengan saya. Mengapa tidak dia buat laporan terhadap Anwar dan Nik Abdul Aziz kerana pendirian kami sama? (Ruj:-U/M'sia-25/01/2010)
Komen..:-
Betul ke Anwar & Nik Aziz setuju dengan pendirian Khalid Samad tu.??...Gentlemen lah sikit, jangan senyap je....Berjuang dibawah payung yang sama iaitu PR tetapi pandangan berbeza hingga nak saman-menyaman sesama sendiri..Kome rasa Khalid tu janganlah sampai nak jual maruah agama Islam semata-mata kerana nak dapatkan sokongan pengundi bukan Melayu di Shah Alam untuk hadapi PRU13 akan datang...
Inilah kesannya kerana inginkan kuasa politik semata-mata kerana nafsu serakah tanpa mengira hukum-hukam daripada Allah swt...
Kome rasa eloknya Khalid keluar daripada PAS manakala Zulkifli Nordin keluar daripada PKR kerana perjuangannya mereka tidak sehaluan.......

Tangguh LAgi Kes Liwat DSAI.....

Tahniah kepada DSAI kerana berjaya menggunakan undang-undang negara untuk tangguh lagi kes liwatnya.....Itulah kelebihannya menggunakan ilmu yang ada untuk kepentingan diri sendiri..
Satu-persatu pemimpin PKR di Malaysia telah meletakkan jawatan kerana meluat akan tindakan DSAI dalam mencapai hasrat agenda peribadi dengan menggunakan pemimpin2 PKR untuk bersama menyokongnya...
Seluruh kepimpinan PKR di Selangor telah mengalami zaman keruntuhan dan kehancuran...Telah wujud budaya cantas-mencantas...,budaya kroni...,budaya fitnah sesama sendiri...,budaya menjatuhkan sesama sendiri....
Oleh kerana telalu takut dengan apa yang terjadi dalam parti PKR maka DSAI mesti menumpukan kepada kes liwatnya dahulu, jika tidak, seribu satu masalah perlu diselesaikan dahulu...macam-macam masalah....antaranya:-
1. Ramai pemimpin & ahli PKR letak jawatan
2. Kes liwat yang sentiasa menggunakan senjata " UNDANG-UNDANG TANGGUH"
3. Pilihanraya Sarawak
4. Isu 3 A yang berkuasa dalam PKR
5. Isu MB Selangor yang takada Bahagian PKR yang sudi menerima ahlinya
6. Isu kerapuhan PR...
7. Janji-janji DSAI kepada penyokong-penyokong DAP

Rabu, 13 Januari 2010

Anak Nik Aziz Letak Jawatan.....

Salam Bro....


Apa cerita ni..???


MUla2 tu kecoh hal menantunya....didesak letak jawatan sebagai CEO PMBK....Sekarang ni anak dia pulok., kononnya nak sambung belajar jadi kenalah letak jawatan sebagai Ahli Majlis MPKB...



Apa ceriter ni...?? Dulu2 sibuk dok ceramah merata kampung kononya Umno hidup dengan membela kroni, anak, menantu, bapak sedara, mak tiri, mak angkat dan macam2..



Sekarang kena pada batang hidung dan batang tengkuknya sendiri...Sapa yang bersalah...Nik Aziz dan Ahli2 Pas seluruhnya....Tak lama lagi seluruh ahli2 Pas akan kena lelong oleh Nik Aziz dan konco-konconya...



Dalam kitab Islam Pas mungkin adalah wajib kena jaga kroni, anak, menantu dll kotttttttt...



Maknanya...sekarang apabila sebut sahaja sebagai ahli politik...........itulah tabiatnya...nak jaga kroni dan anak menantu...Jadinya tak payah tuduh dan fitnah pada Umno sahaja.....



wasallam..

Isnin, 11 Januari 2010

BAKAR GEREJA....ANGKARA SIAPA???

Baru-baru ni saya hadir ke sebuah kenduri seorang rakan di Damansara KL. Sambil makan-makan, tetamu dok berborak-borak akan isu-isu semasa. Antara topik yang hangat tak lain tak bukan...."BAKAR GEREJA..!!!!".
Sambil-sambil makan nasi minyak tu berbagai komen dan justification di keluarkan..Mereka merasakan ini adalah kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia gila yang suka ambil kesempatan atas isu yang berlaku..Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk wujudkan.."HURU-HARA DALAM NEGARA.", hinggakan mereka harap agar kerajaan istiharkan darurat seperti mana peristiwa hitam 13 Mei 1969...dan akhirnya berlaku PRU segera ....
Tiba-tiba keluar nama Idris Ahmad - Ketua Penerangan Pas Pusat, yang tuduh bahwa bakar gereja dilakukan oleh Umno...Kenapa lah sampai busuk sangat hati tuduh macam tu, sesama Melayu & Islam...Kenapa tak katakan ianya adalah mungkin perbuatan orang-orang bukan Islam jugak.!!!..Oleh kerana nakkan undi dan jaga hati orang-orang bukan Melayu maka biarlah tuduh orang Umno lagi bagus selaras dengan branded.."PAs Forr Alll"....
Kemudian tetamu kenduri tadi pu dah siap makan dan nak gi basuh tangan, saya pun dengar diaorang cakap..." Kalau dia orang tuduh Umno yang buat, mungkin juga bakar gereja tu dilakukan oleh Kumpulan AMAL Pas @ Pemuda Sosialis DAP...!!!!!!"""""....MENANGGUK AIR YANG KERUH...

Khamis, 7 Januari 2010

BERSATULAH MELAYU......

Takala Agama Islam yang suci telah cuba dinodai oleh musuh-musuh Islam, banyak hati & perasaan Muslimin & Muslimat terguris, sedih dan marah. Kerana sebelum ini kita lihat kerja-kerja rakus ini dilakukan terhadap saudara seIslam diluar negara seperti di Palestine, Iraq, Indonesia, Thailand, negara-negara Afrika dan lain-lain.

Tetapi sejak-sejak akhir ini, kita di Malaysia telah pun terkena tempias tersebut. Angkara tak bersatunya Melayu Islam di Malaysia sekarang maka peluang ini akan diambil oleh musuh-musuh Islam yang tahu akan isikandungan Perlembagaan Persekutuan, tahu akan Islam agama rasmi Malaysia, tahu Melayu sebagai pribumi Malaysia tetapi sengaja untuk merobek keagungan Islam supaya menjadi selemah-lemahnya.

Setiap pelusuk Muslim cuba menyatakan bantahan sekeras-kerasnya agar kalimah Allah itu dipertahankan agar tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Ini adalah antara sebahagian cebisan kecil usaha yang dilakukan oleh kafir-kafir Islam bagi meruntuhkan kegemilangan Islam yang telah dipertahankan sejak lebih 50 tahun yang lampau.

Tetapi timbul tanda tanya, kenapa ada Muslim yang sanggup menyokong agar Kristian boleh menggunakan kalimah Allah yang Maha Suci itu.??

Allah telah peringatkan kita bahawa "TIADA AGAMA LAIN DISISI ALLAH MELAINKAN ISLAM.....". Perjuangan aqidah kita jelas bahwa Allah itu Esa tidak beranak dan tidak diperanakan. Tetapi Kristian pula percaya bahawa Nabi Isa a.s. adalah anak kepada Tuhan mereka. Secara terang-terang wujud perbezaan yang ketara. Tidakkah dengan membolehkan Kristian menggunakan kalimah Allah kelak akan mengelirukan masyarakat Islam terutama generasi akan datang..

Janganlah kerana tidak suka atas apa juga tindakan yang dilakukan oleh kerajaan BN, maka sanggup pembangkang menongkah arus kononnya tidak setuju dengan dasar-dasar kerajaan BN lalu menyokong agar Kristian dibolehkan mengguna kalimah Allah. Pembangkang sanggup menggunakan butiran-butiran sejarah Islam kononnya kalimah Allah ada diguna pakai oleh agama-agama lain sejak zaman sebelum dan selepas Baginda Nabi S.A.W.

Ketahuilah bahawa tiada Nabi selepas Baginda S.A.W, tiada agama selain Islam, tiada kitab selain Al-Quran.

Wajar kita pertahankan kalimah Allah untuk orang-orang Islam...Berjihad menentang musuh-musuh Islam.........Bukan hanya berjihad kerana kepentingan politik nafsu sahaja yang diamalkan oleh pembangkang.

Isnin, 4 Januari 2010

ALLAHUAKBAR !!!!!!!!

Salam BROs'.....

Apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan membenarkan perkataan ALLAH boleh diguna pakai oleh Akhbar Mingguan Katholik, maka seluruh rakyat Malaysia tergamam dan terkejut....Memandangkan hakim yang membuat keputusan adalah dikalangan orang bukan Islam maka situasi ini ada pihak yang menjangkakannya.

Timbul persoalan kenapa sejak Islam dan Kristian bertapak di Tanah Melayu isu ini tidak pernah disuarakan oleh sesiapa pun rakyat Malaysia. Bagi rakyat yang faham akan kandungan Perlembagaan Persekutuan dan faham sebenarnya amalan serta sensitiviti setiap agama hal ini takkan terjadi.

Perkataan dan sebutan kalimah khusus untuk orang Islam iaitu ALLAH sememangnya tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun selain Muslim. Setiap Muslim yakin & percaya bahawa ALLAH itu satu, Pencipta sekelian alam & makhluk, seksaanNya amat pedih dan yang mencipta Syurga & Neraka..Adakah orang-orang Kristian mengakui dan mempercayainya sepertimana orang-orang Islam???

Tetapi yang peliknya bahawa ada orang-orang Muslim yang menyokong keputusan Mahkamah tersebut dan menjadi hero kepada Kristian...Apa jenis Muslim kah ini..??? Murtad.???

Janganlah kerana nakkan KUASA politik sanggup gadaikan hukum ALLAH dan nak pastikan orang-orang bukan Islam tetap menyokong mereka..

Sedarlah wahai orang-orang PAS kerana nakkan KUASA untuk menjadi kerajaan sanggup menyokong Kristian...

Bersatulah wahai Melayu Islam jika tidak kesucian Islam akan terus dirobek dan dinodai oleh bukan Islam....