Isnin, 9 Disember 2013

USTAZ KAZIM LEBIH SAYANGKAN ISLAM DARI PAS.

MOHAMMAD Kazim Elias menunjukkan isyarat bagus kepada wartawan dan jurugambar selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Penceramah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan keluar daripada Pas selepas kecewa dengan pelbagai fitnah serta tohmahan yang dilemparkan oleh pimpinan serta ahli parti itu terhadapnya selama ini.

Malah menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin 'menjadi-jadi' selepas beliau ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya dengan panggilan binatang, munafik serta barua UMNO.

"Belum pun saya beri kata putus menerima atau menolak (jawatan MT UMNO), saya diserang dengan panggilan binatang, munafik. Ada pimpinan Pas kata saya seperti kambing yang akan dimakan serigala, ahli agama yang bercelaru, seolah-olah akan jadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO dan macam-macam.

"Ini menggores hati saya. Kesabaran pun ada hadnya. Tetapi saya sudah lama berkecil hati dengan Pas. Serangan terhadap saya bermula sejak 2004 sedangkan saya aktivis Pas, mereka boikot saya, kata saya anjing, macai dan barua UMNO, walhal saya tak pernah jadi ahli UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen, hari ini.

Ustaz Kazim berkata, kesabarannya terhadap segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan sampai ke kemuncak apabila ada suara-suara biadab yang menggelarnya anak babi dan anjing.

"Kalau ibu saya masih hidup, bayangkan perasaannya, mendengar anaknya dipanggil babi. Inikah yang dikatakan perjuangan Pas yang cuba nak martabatkan Islam?

"Oleh itu, saya ambil keputusan, sama ada saya pernah dipecat oleh Pas pada 2011, walau tiada surat pemecatan dan terbaharu mereka kata saya masih ahli Pas, kalau mereka kata saya ahli Pas atau kata saya telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan keluar daripada Pas," tegasnya.

Kepada soalan mengenai keahliannya sepanjang berada di dalam Pas, ujarnya, beliau menyertai parti itu sebelum 1998 dan mendaftar di kawasan Gopeng, bukannya Manjui seperti dinyatakan oleh Pas.

"Saya hanya pindah ke situ (Manjui), baharu jadi ahli kawasan tersebut. Sebelum ini saya yang mula-mula buka Cawangan Pas Kampung Kuala Pari, Menglembu. Dalam sidang akhbar sebelum ini, saya mengakui, saya ahli Pas. Tetapi saya baca dalam blog, katanya (Pas Perak) mahu membawa usul pemecatan saya semasa muktamar parti itu.

"Namun, sehingga kini, saya tak tahu usul itu ada atau tidak, sebab saya tak dapat sebarang surat pemecatan. Sebab itu saya katakan saya ahli Pas dan terbukti Dewan Pemuda Pas dalam sidang akhbarnya baru-baru ini mengatakan saya masih ahli Pas yang sah," katanya.

Berhubung pendiriannya terhadap pelantikan sebagai ahli MT UMNO, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut.

Ditanya jaminan Najib susulan pelantikan berkenaan, katanya, pemimpin tertinggi UMNO itu tidak menyekat kebebasannya untuk bersuara atau berdakwah.

"Perdana Menteri memberi jaminan, saya diberikan kebebasan bersuara dan beliau sudi mendengar teguran serta nasihat. Ini niat baik, ikhlas Perdana Menteri untuk memartabatkan Islam dalam UMNO," ujarnya.

Beliau kemudiannya memberikan kenyataan berikut:

"Janganlah buat fitnah dan gelar orang dengan gelaran-gelaran buruk. Saya diterima Perdana Menteri untuk (jawatan) MT UMNO, sekurang-kurangnya berilah sokongan. Selama ini Pas kata UMNO tolak Islam, tapi adakah kita berdampingan, menasihati mereka, adakah kita menegur dan berkawan dengan mereka?

"Salahkah saya berkawan (dengan UMNO) untuk menasihati dan menegur. Ini peluang UMNO berubah, mereka beri peluang ahli Pas menyertai mereka. Ini patut diberi sokongan. Kalau Perdana Menteri memberi saya 'kuasa' dan menggubal dasar, bukankah itu lebih baik daripada sekadar bercakap."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131203/po_03/Ustaz-Kazim-isytihar-keluar-Pas#ixzz2mwfSDYFU
© Utusan Melayu (M) Bhd

EMOSI SEORANG MENTERI...

 

KEMAMAN 8 Dis. - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mula tidak senang duduk sebaik sahaja mendapat maklumat banjir yang melanda Pantai Timur bukan lagi banjir yang sebagaimana lazimnya setiap penghujung tahun, apabila bencana itu semakin melumpuhkan kawasan yang diwakilinya.

Ketika itu beliau menyertai Perhimpunan Agung UMNO yang baharu memasuki hari kedua di ibu negara. Namun Menteri Komunikasi dan Multimedia itu memutuskan untuk bergegas pulang secepat mungkin.

Perasaannya berbaur cemas dan sayu apabila air didapati naik dengan pantas, meliputi kawasan yang cukup luas, termasuk yang tidak pernah dilanda banjir selain banyak halangan yang membataskan pergerakan serta perhubungan untuk membantu dalam kadar segera.

Apabila banjir di luar jangkaan itu yang awalnya cuma dilaporkan lebih 20 mangsa pada hari pertama terus memuncak dan menjadi begitu buruk, orang ramai mula panik dalam usaha untuk berpindah dan mendapatkan bantuan sehingga keadaan menjadi kelam kabut.

“Keadaan benar-benar menguji emosi saya," ujar Ahmad Shabery berkongsi apa yang ditempuh dan dilalui oleh beliau dan penduduk dengan Utusan Malaysia ketika banjir yang melanda berpanjangan sehingga memasuki hari kelapan hari ini.

Beliau sendiri tidak menyangka banyak kawasan tenggelam dan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan naik mendadak dalam tempoh yang singkat sehingga menyebabkan suasana kelam kabut.

“Sepatutnya pada 4 Disember saya memasuki Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sebagai wakil Majlis Tertinggi, tetapi saya tidak mampu untuk menunggu bagi meneruskannya apabila memikirkan keadaan di sini.

“Ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menaiki pesawat ringan, saya mengambil keputusan untuk meninjau seluruh Kemaman terlebih dahulu sebagai persiapan apa yang perlu dilakukan sebaik mendarat," katanya.

Ahmad Shabery berkata, keadaan mula menjadi panik pada malam Rabu apabila orang ramai mula meminta bantuan setelah bekalan elektrik terpaksa diputuskan dan bekalan air juga terhenti.

“Saya tidak boleh melelapkan mata pada malam itu kerana membayangkan penduduk yang sedang menjerit resah dan bimbang meminta tolong tetapi kelengkapan yang tidak cukup menyulitkan keadaan.

“Keadaan benar-benar kelam kabut apabila penduduk tidak boleh mengisi minyak kenderaan, perkhidmatan bank tergendala, perniagaan tidak dapat dijalankan dan sistem komunikasi yang lumpuh.

“Kami hanya mampu menghantar bot Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membawa keluar penduduk yang terperangkap terlebih dahulu," ujarnya.

Tambah beliau, lawatan pertamanya di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok benar-benar menguji emosinya apabila melihat penduduk yang terpaksa bersesak di situ.

Katanya, terdapat juga kawasan yang tidak boleh dilalui langsung dengan bot penyelamat misalnya di Seberang Tayor dan Pasir Gajah kerana arus air yang kuat yang memaksa beliau meminta bantuan pasukan tentera dan maritim untuk menghantar bantuan menggunakan helikopter.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131209/dn_10/Banjir-uji-emosi-Shabery-Cheek#ixzz2mwZoruH8
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 25 November 2013

TUAN IBRAHIM KECEWA UTUSAN MALAYSIA LARIS BERBANDING HARAKAH

SHAH ALAM 24 Nov. - Tindakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang secara tiba-tiba menjadikan sesi penggulungan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 di sini, hari ini sebagai medan 'membelasah' media arus perdana terutama Utusan Malaysia yang dianggap sebagai media musuh menimbulkan persoalan.
Dalam hujahnya, Tuan Ibrahim yang baru dipilih sebagai Naib Presiden Pas turut bertindak mempertikaikan segelintir pemimpin parti itu kerana masih memberikan kenyataan kepada akhbar ini.
"Kita tegaskan banyak dalam siri perbincangan, sumber yang perlu dirujuk ialah pimpinan parti bukan yang lain. Kita telah putuskan jangan beri kenyataan kepada Utusan Malaysia," katanya.
Tuan Ibrahim mendakwa terdapat ahli-ahli parti mempercayai isu yang timbul berkaitan Pas setelah membaca kenyataan pemimpin mereka dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
Beliau mengingatkan ahli-ahli Pas agar mereka tidak terjebak dan masuk ke dalam putaran ganas media selain perlu mengelak perkara itu dibawa dalam pemikiran mereka.
"Kita mesti tutup label yang diberikan oleh musuh," katanya.
Persoalannya, kenapakah Tuan Ibrahim yang dilihat mewakili golongan ulama mengambil pendekatan 'menyerang' media khususnya Utusan Malaysia?
Ada pihak yang melihat dalam usaha menonjolkan diri sebagai 'bintang baru' bagi Pas, Tuan Ibrahim mencari publisiti murahan dengan 'menyerang' Utusan Malaysia.
Malah mungkin juga Tuan Ibrahim mahu menunjukkan kepada sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa beliau 'sehati sejiwa' dengan mereka dalam soal sentimen terhadap Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim perlu faham bahawa tidak semua pemimpin dan ahli Pas berkongsi sentimen dengan beliau. Sebab itulah ada antara mereka bersedia memberi kenyataan kepada media arus perdana khususnya Utusan Malaysia.
Namun untuk menganggap Utusan Malaysia sebagai media musuh, ia jelas menampakkan ketidakmatangan Tuan Ibrahim dalam menangani media.
Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ketika pemimpin pembangkang bercakap soal kebebasan media, mereka sendiri melakukan tindakan atau membuat kenyataan yang bertentangan dengan perkara itu. Sebab itulah mereka dituduh 'cakap tak serupa bikin' dan Tuan Ibrahim, mungkin salah seorang daripadanya.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131125/po_11/Apa-motif-Tuan-Ibrahim-belasah-Utusan-Malaysia#ixzz2ldXHtI6u
© Utusan Melayu (M) Bhd

ANWAR KEBAL WALAU MENIPU RAKYAT

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap pembangkang yang kini membuat pusingan U dengan menafikan mereka pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh cuba mengelak apabila tidak mahu mengakui membuat tuduhan itu kerana banyak sumber telah memetik ucapan Ketua Pembangkang itu termasuk turut dilaporkan oleh media milik mereka sendiri.
‘‘Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu.
‘‘Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina.
‘‘Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula,’’ katanya ketika berucap merasmikan seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional kali pertama di auditorium Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Anwar dikatakan membuat pusingan U baru-baru ini apabila cuba menafikan pernah membuat tuduhan itu, sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari mengundi.
Penafian Anwar itu dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menyelar sikap pembangkang yang membuat tuduhan tidak berasas dengan mengaitkan pembaziran penggunaan elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri yang didakwa dibelanjakan sehingga RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.
Beliau berkata, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah milik rakyat yang mempunyai bilik penganjuran sesuatu majlis demi meraikan tetamu kerajaan.
‘‘Kediaman rasmi Perdana Menteri itu rakyat punya, ada bilik majlis, kalau ketua kerajaan datang, adakah kita nak makan dalam gelap? Kalau Presiden China datang, kita nak makan secara ‘candle light dinner’, dan saya akan kata pada dia, ini romantik.
‘‘Ini milik rakyat, saya tumpang sahaja, saya penghuni ketiga, saya banyak hari duduk di rumah sendiri, maka jimat belanja rumah kediaman rasmi.
‘‘Kita boleh berjimat tetapi jangan tuduh benda tidak realistik, keterlaluan seolah-olah 1,000 kebaikan yang kita buat dilupakan, kelemahan diperbesarkan, ini bukan pertimbangan yang adil,’’ katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131125/po_01/PM-selar-penafian-Anwar#ixzz2ldWasymO
© Utusan Melayu (M) Bhd

PRESIDEN PAS CAKAP TAK SERUPA BIKIN..

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) dipersoal kerana pada masa yang sama beliau juga mengagumi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hasan Malek berkata, Abdul Hadi seakan-akan tidak sedar bahawa rakan sekutunya itu turut terlibat dalam tuntutan yang dibuat oleh Comango.

"Saya cuma hairan apabila beliau seakan tidak sedar ataupun tidak perasan bahawa ramai orang menganggap Comango merupakan kawan baik atau sekutu Anwar.

"Tetapi Abdul Hadi pula menganggap Anwar sebagai pemimpin agung, ini yang saya rasa agak pelik sedikit," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 yang menggesa kerajaan tidak menandatangani sebarang persetujuan yang bercanggah dengan Islam melalui sesi pendengaran Proses Semakan Berkala Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hasan berkata, tindakan Pas yang menggesa kerajaan menolak sebarang usaha untuk membawa rakyat dalam negara ini mengamalkan gaya hidup bebas songsang yang terbabas daripada tabii kehidupan penciptaan manusia, harus dipuji.

Menurutnya, tindakan Presiden Pas itu yang meminta kerajaan tidak tunduk pada tuntutan Comango sangat dihargai.

"Kita amat menghargai apabila Abdul Hadi meminta kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan Comango yang mahu menghalalkan amalan kehidupan songsang, seks bebas serta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Sebagai orang Islam, semua pihak bertanggungjawab mempertahankan hukum Allah yang tidak mengizinkan perkahwinan sejenis," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131125/po_03/Isu-Comango-Hasan-hairan-pendirian-Hadi#ixzz2ldW1iFya
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 18 November 2013

KARPAL SEORANG TAK TERJAGA...

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Dewan Muslimat Pas hari ini mendesak Karpal Singh meminta maaf berhubung kenyataan beliau menyarankan pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana merbahayakan negara.

Dalam kenyataan melalui laman sosial Facebook, dewan itu menegaskan, Karpal perlu memohon maaf atas dua perkara iaitu;

n Pertama kerana mempunyai pendirian yang langsung tidak menghormati sensitiviti dan dasar perjuangan parti rakan dalam pakatan pembangkang iaitu Pas yang jelas meletakkan Islam sebagai dasar seperti terkandung dalam Perlembagaannya.

n Kedua, kerana berbohong mengatakan beliau tidak pernah mengaitkan Pas dalam kenyataan yang dibuat.

''Dewan Muslimat menganggap ia adalah satu pelanggaran sikap pakatan yang sangat serius dan tidak selari dengan semangat saling menghormati dalam Pakatan Rakyat.

''Bahkan ia tidak sesuai ditonjolkan oleh mana-mana pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang sepatutnya sudah jauh lebih matang dalam memahami hasrat keseluruhan rakyat,'' kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada pendedahan Dewan Pemuda Pas Pusat, semalam yang mendakwa mereka mempunyai bukti Karpal berbohong dalam isu itu.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang 5 November lalu.

Dalam kenyataannya juga, Dewan Muslimat Pas kesal dengan pendirian Karpal dan pembohongan yang beliau lakukan serta menganggap ia melunturkan kredibiliti beliau di mata rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang menyokong Pas.

''Dewan Muslimat mendesak agar Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat segera bersidang bagi menangani masalah ini sebelum tindakan lebih tegas diambil oleh pihak Dewan Muslimat bersama Dewan Pemuda,'' kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah berkata, Karpal adalah seorang pemimpin yang mempunyai sikap tidak berhati-hati dan sudah banyak kali menyentuh sensitiviti Pas.

Sehubungan itu, beliau mahu Pengerusi DAP tersebut berhenti bersikap demikian.

Mohd. Amar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai Karpal tetapi dalam nada tegas menyatakan pandangannya mengenai pemimpin DAP itu sudah disiarkan akhbar ini pada 7 November lalu.

"Saya sudah komen dalam Utusan Malaysia hari itu dan disiarkan di muka depan. Itulah Karpal Singh, awak boleh baca jadi saya tidak mahu komen apa-apa lagi," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131117/po_02/Karpal-didesak-minta-maaf#ixzz2kyLTb9zc
© Utusan Melayu (M) Bhd

KENAPA MELAYU SOKONG PARTI CAUVANIS SYAITAN..


Kami bukan bodoh - Syed Araniri

Syed Araniri

ALOR SETAR 17 Nov. - Isu kelewatan pendaftaran permohonan penubuhan cawangan baharu DAP di Taman Wira, Mergong di sini yang menjadi antara punca Syed Araniri Syed Ahmad meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah baru-baru ini semakin membuka pekung pengurusan Biro Keahlian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.
Syed Araniri mendakwa, alasan CEC DAP kononnya permohonan tersebut mengambil masa kerana antara syarat untuk membuka cawangan baharu perlu mencukupi 50 ahli, tidak dapat diterima sama sekali.
Katanya, ini kerana CEC DAP awal-awal lagi telah memberi pengecualian kepada permohonannya untuk membuka cawangan Taman Wira itu yang pada asalnya mempunyai 35 ahli awal tahun lepas.
"Dalam perlembagaan DAP tidak ditulis memerlukan sehingga 50 ahli untuk membuka cawangan baharu, tetapi kita faham itu arahan dari CEC DAP.
"Oleh itu Lee Guan Aik selaku Pengerusi DAP Kedah pada masa itu menghubungi CEC DAP dan mereka memberi pengecualian kepada penubuhan cawangan ini yang dilihat sebagai 'kes istimewa' memandangkan semua ahlinya terdiri daripada orang Melayu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan DAP mendakwa kononnya isu kelewatan pendaftaran permohonan penubuhan cawangan baharu parti itu di Taman Wira 'bukan disengajakan' sebaliknya Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang belum meluluskannya.
Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari berkata, ia mengambil masa kerana pembukaan cawangan baharu memerlukan 50 ahli sedangkan cawangan Taman Wira yang ingin dibuka oleh Syed Araniri hanya mempunyai 35 orang.
Bagaimanapun katanya, setelah perbincangan semula diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, parti itu mengambil keputusan memberikan pengecualian dan menghantar permohonan tersebut kepada ROS pada Jun lepas.
Menurut Syed Araniri, pihaknya bukan bodoh untuk menghantar permohonan penubuhan cawangan baharu dengan 35 ahli jika CEC DAP mensyaratkan ia memerlukan sekurang-kurangnya 50 ahli bagi tujuan itu.
Katanya, oleh kerana CEC DAP telah memberi pengecualian, pihaknya menerusi DAP Kedah meneruskan permohonan penubuhan cawangan Taman Wira itu dengan 35 ahli meskipun dia mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang lagi menghantar borang permohonan keahlian tidak lama selepas itu.
"Takkan kita bodoh kalau 50 ahli diperlukan untuk tubuh cawangan dan kita hantar hanya 35 ahli, kita pun tahu sampai 10 tahun kita tidak dapat. Tetapi jawapan daripada CEC DAP Pusat mengatakan bagi cawangan Taman Wira tidak mengapa kalau 35 ahli.
"Kami membayar dan menyerahkan cek keahlian kepada DAP Kedah dan kemudian dihantar kepada DAP Pusat. Kalau Guan Aik tidak dapat arahan daripada DAP, tidak akan dia hendak hantar permohonan itu dengan hanya 35 ahli," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131118/po_10/Kami-bukan-bodoh---Syed-Araniri#ixzz2kyKrbrDz
© Utusan Melayu (M) Bhd

SELAGI HIDUP DAN BERNYAWA...ITULAH KERJANYA..

JAKARTA 17 Nov. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang warganegara yang tidak bertanggungjawab kerana terus memburuk-burukkan kepemimpinan negara di luar negara.
Perbuatan Anwar memperkecil pemimpin-pemimpin negara kata Sohaimi, jelas memperlihatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mahu menjadi seorang ahli politik yang populis dan sekali gus meraih simpati orang asing terhadap kegagalan pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei lalu.
Tindakan tidak bertanggungjawab Anwar juga tegas beliau, memberi gambaran yang jelas tidak memiliki semangat nasionalisme yang seharusnya ada dalam setiap diri warganegara Malaysia.
"Inikah nilai seorang Ketua Pembangkang dengan memburuk-burukkan kepemimpinan negara kepada orang asing? Saya fikir, Anwar harus lebih bijak berpolitik. Sikap sebegini tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin seperti beliau.
Apa yang disebut di sini (Indonesia) semuanya tohmahan yang tidak berasas," kata Sohaimi kepada wartawan di sini semalam.
Sohaimi yang juga Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) sebelum itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia dilantik ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Kedutaan Besar Malaysia di sini semalam.
Beliau mengulas tindakan Anwar yang mencemuh kepemimpinan negara serta mendakwa pakatan pembangkang gagal memenangi PRU-13 disebabkan oleh penipuan dalam sistem pengundian serta skrip- skrip lama yang dikitar semula dalam usaha menarik perhatian orang asing.
Dakwaan-dakwaan itu dibuat Anwar dalam satu kuliah umum an juran Fakulti Ilmu Sosial Politik di Universiti Indonesia di sini minggu lalu yang dihadiri oleh 300 orang termasuk mahasiswa serta orang awam. - UTUSAN





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131118/po_11/Ketua-Pembangkang-dibidas-burukkan-kepemimpinan-di-luar-negara#ixzz2kyJumNdC
© Utusan Melayu (M) Bhd

HUKUM ALLAH BOLEH BUAT MAIN-MAIN....PANDIR AMAT YEK...

Hudud: Pas mengakui belum bersedia


KOTA BHARU 16 Nov. - Harapan rakyat Kelantan untuk melihat pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan meskipun telah dijanjikan sejak tahun 1990 nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi selepas Kerajaan Pas Kelantan mengakui masih belum bersedia melaksanakannya.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ini berikutan persediaan untuk melaksanakan hukum hudud setakat ini hanya terhad kepada soal infrastruktur semata-mata sebaliknya dalam soal perundangan, masih banyak perlu dilakukan.
Beliau turut mengakui Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dibentuk pada Oktober 2011 belum pernah mengadakan sebarang mesyuarat kecuali beberapa pertemuan biasa di antara ahlinya sebanyak empat kali.
"Saya kena jelaskan kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan (Datuk Daud Muhammad) itu bahawa bersedia itu daripada segi infrastruktur maknanya bangunan sudah ada cuma apa yang perlu ditambah adalah jumlah hakim dan kita perlu mewujudkan satu mahkamah khas untuk melaksanakan hudud.
"Sebab itu kita ada bajet RM1 juta untuk infrastruktur, cuma kena bagi masa sikitlah kepada kita, benda ini tidak boleh buat dengan tergesa-gesa, kita nak tengok daripada segi perundangan dan sebagainya, kita tidak mahu kita buat ini bertembung dengan banyak halangan, kita cuba melakukannya sebaik yang boleh," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Amar berkata demikian ketika mengulas penjelasan Daud seperti dilaporkan Utusan Malaysia Khamis lalu bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan enakmen itu yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakannya.
Mengenai jawatankuasa itu, Mohd. Amar berkata mesyuarat hanya dijangka berjalan antara bulan Disember ini atau Januari tahun depan melibatkan pakar-pakar dalam perundangan Islam dan ahli akademik.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131117/po_04/Hudud-Pas-mengakui-belum-bersedia#ixzz2kyJBRGNu
© Utusan Melayu (M) Bhd

PECAH KAPAL.........PAS BARU SEDOR KO????

Dewan Pemuda Pas Kelantan desak DAP ambil tindakan


MUHAMMAD HAFIZ
KOTA BHARU 17 Nov. - Dewan Pemuda Pas Kelantan mendesak DAP supaya mengambil tindakan terhadap Pengerusi parti itu, Karpal Singh sekiranya beliau masih berkeras dan tidak mahu mengakui kesalahannya.
Timbalan Ketuanya, Muhammad Hafiz Musa berkata, tindakan tersebut perlu diambil atas semangat setiakawan demi menjaga keharmonian dalam pakatan pembangkang.
Beliau berkata, ini kerana Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob menyatakan pendiriannya setelah meneliti dan mengkaji secara mendalam mengenai perkara tersebut.
"Peringkat pertama kita dapat melalui media, jadi kita tapis dulu, kita tengok dulu, ada rakaman yang menyatakan beliau (Karpal) memperkatakan sesuatu tentang Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dan parti yang berasaskan kepada kaum dan agama di Malaysia.
"Sebab itu Raja Ahmad Iskandar bagi pihak Dewan Pemuda Pas menyatakan kepada Karpal tentang pendirian kita. Memang DAP perlu mengambil tindakan sekiranya Karpal masih berkeras, (tindakan itu) atas dasar semangat setiakawan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil akhbar The Star berhubung isu Ibrahim Libya yang disiarkan dalam akhbar tersebut baru-baru ini.
Akhbar hari ini melaporkan Karpal menempelak Raja Ahmad Iskandar yang menuduhnya berbohong ketika menafikan pernah meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.
Sambil memberi amaran supaya Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan, Karpal turut menuduh pemimpin Pas itu berbohong.
Kelmarin, Raja Ahmad Iskandar mendakwa mempunyai bukti Karpal berbohong apabila menafikan beliau pernah meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.
Beliau mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu.
Muhammad Hafiz bagaimanapun berkata, pihaknya percaya kenyataan Karpal itu adalah bersifat peribadi dan tidak ada kena mengena dengan pendirian rasmi DAP.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131118/po_04/Dewan-Pemuda-Pas-Kelantan-desak-DAP-ambil-tindakan#ixzz2kyIjzst0
© Utusan Melayu (M) Bhd

SIAPA YANG KENA..!!!!!

Pembohongan calar imej Pas, DAP - Mahfuz


MAHFUZ OMAR
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Pengerusi DAP, Karpal Singh didesak bersikap jujur dalam mendepani isu berhubung kenyataan beliau menyarankan pendaftaran Pas dibatalkan berikutan pendedahan rakaman kenyataannya itu kelmarin.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, selaku ahli politik berpengalaman, Karpal seharusnya berani mengakui kesilapannya jika benar mengatakan perkara tersebut.
"Dia (Karpal) kena jujur dan berjiwa besar. Sebelum ini dia nafikan, malah (Lim) Kit Siang juga menafikan selepas mendapat penjelasan Karpal itu.
"Dengan pendedahan ini bermakna Karpal bukan sahaja calar imej Pas tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah," katanya seperti dilaporkan portal rasmi Pas, Harakahdaily hari ini.
Karpal sebelum ini menafikan kenyataannya yang menyarankan pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum dibatalkan kerana membahayakan negara.
Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf terhadap Pas meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti tersebut.
Walau bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas Pusat kelmarin tampil mendakwa mereka mempunyai bukti Karpal berbohong dalam isu itu.
Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang pada 5 November lalu.
Mengulas lanjut, Mahfuz mahu isu itu ditamatkan dengan Karpal sendiri tampil memohon maaf, bukan sahaja kepada Pas, tetapi juga kepada Kit Siang dan DAP.
"Saya harap DAP boleh mendisiplinkan Karpal," katanya.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131118/po_02/Pembohongan-calar-imej-Pas-DAP---Mahfuz#ixzz2kyIKeVqk
© Utusan Melayu (M) Bhd

'Karpal mesti minta maaf'






KUALA LUMPUR 17 Nov. - Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran Pas dibatalkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar menegaskan, Dewan Pemuda Pas mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada Pas dalam tempoh lima hari mulai hari ini.

Menurut beliau, sekiranya Karpal gagal berbuat demikian, Dewan Pemuda Pas akan mengambil tindakan susulan termasuk kemungkinan memanjangkan perkara itu kepada Majlis Syura Ulama untuk tindakan selanjutnya.

"Kami menuntut kepemimpinan DAP meminta Karpal memohon maaf kepada Pas dan menarik balik kenyataan terbaharunya tentang tidak perlu diwujudkan parti politik yang diasaskan kepada pertimbangan keagamaan di Malaysia.

"Dan juga mengenai hasrat beliau untuk pada akhirnya menghapuskan secara mutlak dari medan politik Malaysia parti yang diasaskan kepada pertimbangan keagamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Raja Ahmad Iskandar mendakwa, beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang, 5 November lalu bagi membuktikan Ahli Parlimen Gelugor itu berbohong.

Karpal sebelum ini pernah menafikan beliau meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Sebaliknya, Karpal dalam kenyataannya semalam memberi amaran supaya Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan sambil menuduhnya berbohong serta mencabar pemimpin muda Pas itu mengeluarkan keseluruhan transkrip sidang akhbar berkenaan.

Walau bagaimanapun, merujuk kepada petikan transkrip terjemahan bahasa Melayu yang dilampirkan bersama kenyataan Raja Ahmad Iskandar, Karpal berkata:

"Ia boleh, memang, seperti saya katakan sebelum ini. Bergerak di atas garis-garis keagamaan, perkauman, adalah satu perkara yang sangat membahayakan di dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti masyarakat kita. Saya fikir masanya mungkin sudah tiba bagi semua parti perkauman untuk dibatalkan pendaftarannya, ini malangnya merangkumi Pas juga. Kita perlu bersikap praktikal, kita perlu bersikap praktikal, jika kita mahu sebuah negara yang bersatu padu maka kita mesti mempunyai parti-parti yang berbilang kaum."

Raja Ahmad Iskandar menambah, kenyataan Karpal yang berdegar-degar itu tidak mampu mencalarkan pendiriannya walau sedikit pun.

"Hakikat yang tidak mampu diubah oleh sesiapa, malah tidak sama sekali dinafikan oleh Karpal sendiri dalam kenyataan terbaharunya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131118/po_01/Karpal-mesti-minta-maaf#ixzz2kyI2DLGd
© Utusan Melayu (M) Bhd

COMANGO..AGENDA YAHUDI ZIONIS LAKNATULLAH...

Nasharuddin - InsyaAllah kita pergi bulan Mac ini ke Geneva kita akan berusaha mendapatkan status untuk berucap. Bulan-bulan terakhir ini amat kritikal untuk terus memberi taklimat kepada masyarakat dan kerajaan.

Azril - Hak asasi manusia sebuah ideologi yang tidak sempurna. Kita akan bersama-sama untuk menyumbang menentang Comango. Ia kesinambungan daripada musuh-musuh islam. Kebangkitan NGO ini bermula pada zaman reformasi 1999 yang kita diperkenalkan dengan pelbagai istilah.

Penubuhan IFC 2001, saya hampir jadi anggota IFC. sebagai usaha berdialog. mereka guna IFC mengetengahkan isu menentang Islam. Kes ini termasuk Lina Joy ialah rentetan akibat avenue mereka disekat sehingga mereka pergi ke peringkat antarabangsa.

Kita bertanggungjawab memberi tahu pemerintah untuk tidak takut dengan tekanan untuk menandatangani undang-undang antarabangsa berkaitan hak asasi yang menyeleweng.

Kita tidak ada minda tertawan dan kita bersedia berdiolog. mereka mesti menghormati hak asasi Islam.

Adzly - Kami (peguam-peguam Islam) akan terus berperanan untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.

PAS keluarkan berbagai fatwa AGAMA ISLAM yang memberi kelebihan kepada mereka kerana nafsu politik. Halal, Haram, Syurga, Neraka adalah mainan siulan harian mereka. Sokong PAS masuk Syurga.....Undi UMNO masuk Neraka...Bantu PAS dalam pilihanraya adalah fisabilillah....Bantu UMNO menuju kehancuran akhirat...Jadikan BAI'AH sebagai barang mainan sahaja...Lompat dari parti PAS dijatuhkan hukuman kesalahan sama dengan TALAK TIGA isteri, ini semasa PRU12 dahulu...manakala untuk PRU13 nanti ada BAI'AH baru iaitu lompat parti akan dapat laknat hidup dunia dan akhirat...



Timbul persoalan dikalangan penyokong PAS atas pagar khususnya........""""BAGAIMANA YANG DIPECAT DARI PAS TANPA BERI RUANG PEMBELAAN????""""....Apakah hukumannya kepada PRESIDEN PARTI POLITIK PAS???



ADILKAH INI??????.Hasan Ali dipecat tanpa ruang pembelaan yang seadilnya.....INIKAH CARA ISLAM??????

KELIRU HALATUJU AQIDAH ISLAM

Ramai penyokong-penyokong Pas di bawah keliru dan kecewa dengan pendirian pemimpin-pemimpin mereka dalam isu Aqidah yang sering diselewengkan oleh ahli pakatan mereka. Antaranya:-
1.Himpunan Bersih perjuangkan LGBT yang diketuai oleh S. Ambiga.
2.Sokongan Anwar Ibrahim terhadap kewujudan negara Israel.
3.Penggunaan sebebasnya ayat-ayat suci Al-Quran oleh bukan Islam dari DAP dan PKR dalam ceramah mereka.
4.Berceramah oleh pemimpin bukan Islam dalam masjid/surau
5.Doakan kebaikan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat
6.Pecat Dr.Hasan Ali kerana tidak sependapat dengan Anwar Ibrahim dalam isu Aqidah dan Islam.
7.Kebebasan beragama juga sepatutnya dikenakan kepada orang Islam - Nurul Izzah
8.Terima dana asing/yahudi untuk jatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi
9.Lambakan maksiat di negeri Selangor
10.Video Seks Anwar Ibrahim
11.Video Seks Azmin Ali

Banyak lagi kalau nak disenaraikan...Kenapa Pas tidak menasihati rakan pakatan mereka sekiranya ianya menyentuh hal-hal berkaitan Islam. Sepatutnya dibela dan dipertahankan demi kerana Allah, Iman dan Takwa. Tanpa adanya kompromi dalam hal agama Islam.

Islam boleh dipertaruhkan demi kerana kuasa politik adalah usaha jahat untuk hancurkan fahaman sebenar umat Islam berpandukan Al-Quran dan Hadis Baginda SAW.

Kenapa Pas biarkan sahaja......seperti debu dibawa angin...

DOA KEHANCURAN SESAMA ISLAM..

KOTA BHARU: Ketika umat Islam di seluruh dunia mengutuk kekejaman rejim Israel dan mendoakan keamanan serta keselamatan rakyat Palestin, PAS mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno dihancurkan.

Solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam kelmarin diimamkan adik Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pembangkang berkenaan.
Antara kandungan doa yang dipimpin oleh Nik Razi ialah meminta UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.
Doa juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, tindakan itu dikritik pelbagai pihak yang disifatkan tidak wajar, termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Mereka berpendapat ia jelas bertentangan dengan nilai murni dan ajaran Islam.
Harussani berkata, perbuatan memohon doa keburukan kepada orang Islam lain ditegah oleh agama. Beliau berkata, umat Islam sepatutnya berdoa supaya dihapuskan musuh agama dan bukan meminta supaya dihancurkan sesama Islam.
"Perbuatan itu tidak bagus kerana ahli Umno adalah Islam. Sepatutnya kita mendoakan yang baik untuk sesama Islam," katanya.
Dr Mohd Asri pula berkata, umat Islam sepatutnya berdoa supaya menghancurkan orang yang zalim tanpa mengira parti.
"Janganlah berdoa menghancurkan Umno kerana mereka juga umat Islam. Mungkin mereka ada kesilapan tetapi ahli PAS juga ada melakukan kesilapan," katanya.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad berkata berdoa untuk menjahanamkan sesama Islam tidak dibenarkan.
"Kita semua ada kekurangan masing-masing tetapi tindakan PAS itu agak keterlaluan. Parti itu sering melaungkan perpaduan ummah tetapi pada masa sama mereka yang sebenarnya menghancurkannya," katanya.

REBUTAN JAWATAN PM DALAM PR..

Terdapat beberapa risalah telah diedarkan di kawasan Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan yang mahukan Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi yang juga Presiden PAS sebagai PM Malaysia nanti jika PR menguasai Malaysia di PRU 13. Risalah tersebut didapati ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat di Masjid Muhammadi pada 16 Nov. 2012.

Risalah tersebut membuat perbandingan di antara Hj. Hadi dengan Anwar Ibrahim yang menunjukkan Hj. Hadi lebih layak menjadi PM berbanding Anwar Ibrahim. Risalah tersebut adalah sebuah nukilan Subky Abdul Latif, penulis Harakah yang popular.
Ini menunjukkan bahawa dalam diam terdapat desakan oleh kumpulan PAS Kelantan serta rakyat Kelantan yang mahukan golongan Ulama sebagai PM. Risalah tersebut jelas menunjukkan suara ahli PAS Kelantan memandangkan ia diedarkan ketika Hari Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 16 Nov. 2012 di Stadium Kota Bharu Kelantan.
Kini tumpuan seluruh ahli PAS seluruh Malaysia adalah di Kelantan kerana PUTIK menjadi tuan rumah untuk Muktamar Tahunan PAS pada tahun ini. Masjid Muhammadi merupakan antara masjid yang menjadi tumpuan ramai samada pelancong dan rakyat tempatan. Pengedaran di masjid ini bertujuan untuk memberitahu kepada rakyat Kelantan bahawa Malaysia amat memerlukan Presiden PAS sebagai PM dan bukannya Anwar Ibrahim.
Sekaligus ini telah menafikan bahawa ahli PAS dan rakyat Kelantan menerima Anwar Ibrahim sebagai PM sebaliknya Hj. Hadi yang juga seorang Ulama lebih sesuai dengan hasrat PAS yang komited untuk melaksanakan undang-undang hudud dan pemerintahan berasaskan Ulama. Ini berikutan terdapat juga risalah yang mahukan kepimpinan Ulama dikekalkan.
Berkemungkinan desakan ini timbul selepas Anwar Ibrahim dan PKR kini dilihat berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk masalah moral serta yang terbaru melibatkan Nurul Izzah yang membenarkan kebebasan beragama di negara ini. Sebagai negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah yang kuat berpegang kepada ajaran Islam serta kepimpinan Ulama, rakyat Kelantan merasakan Anwar Ibrahim sudah tidak sesuai lagi menjadi PM kerana pendirian Anwar yang sentiasa berubah tentang perjuangan Islam tidak seperti Hj. Hadi seorang Ulama yang komited dan zuhud dalam mempertahankan Islam di Negara ini.
Hasrat dan keingginan ini perlu diambil kira oleh kepimpinan tertinggi PAS yang kini sedang membahaskan pelbagai usul di Muktamar tahunan agar memikirkan kesesuaian supaya Hj. Hadi menjadi PM. Mungkin usul ini akan menimbulkan keresahan dan kemarahan Anwar serta pemimpin PR yang lain namun untuk memastikan Daulah Islamiah tertegak di bumi ini Hj Hadi dilihat lebih sesuai ke arah ini.
PAS perlu berani mempertahankan pendirian dan kehendak akar umbi ahlinya serta rakyat Kelantan yang sebelum ini adalah penyokong tegar PAS agar mencadangkan Hj. Hadi sebagai PM. Jika tidak ia menunjukkan PAS mengenepikan pandangan ahlinya serta menyerlahkan lagi kepimpinan PAS yang sedia ada tunduk kepada PKR/DAP. PAS perlu berani berhadapan dengan segala risiko termasuk penentangan dari kumpulan Erdogan PAS serta golongan Anwarinas dalam mempertahankan kepimpinan Ulama pada masa akan datang.
Adakah gerakan oleh golongan Ulama ini akan mendapat sambutan daripada PAS negeri lain atau sebaliknya??? Adakah Ulama yang akan menerajui pemimpinan Negara sekiranya PR menawan Putrajaya. Sama-samalah kita nantikan…
pls : DAP nak kan Anwar Ibrahim jadi PM sebab arahan Singapore dan Yahudi.
(Belum lagi tubuh kerajaan dah berebut kerusi PM)