Rabu, 21 Oktober 2015

TOKOH ULAMAK SEKITAR DAERAH TEMERLOH (1690 - 2000M)


ALLAHYARHAM SUJI BILANG 1690 (Tanjung Keramat)

Seorang Pendakwah yang dating bersama dengan Tuk Mengkassar, berdakwah di Temerloh,berkahwin dan membuka pusat pengajian, kemudian pergi ke Kedah mengirimi Deang Celak dan meninggal di sana.

ALLAHYARHAM KADI HAJI ISMAIL MENDALIK 1650 -1720
(Orang Kaya Bangau 1 )
Mendirikan pondok di Kampung Bangau Tanjung sesudah pemergian Suji Bilang ke Kedah,tokoh ini berasal dari Mengkasar berbangsa Bugis. berfahaman Wihdatul Wujud. Guru pada Tuk Shahibudin.

ALLAHYARHAM LEBAI AJAM TOK MALIM PANJANG 1720
(Keramat Tanjung,Kg Baduk Mk Sanggang )

Beliau merupakan salah seorang Tuan Guru yang terkenal di Mukim Sanggang pada masa itu. Beliau ada mendirikan sebuah pusat pengajian di Kampung Baduk dan membawa aliran Wihdatul Wujud yang di ambil dari Hamzah Fansuri. Makam beliau masih kukuh terdapat di Lanjut Kg Baduk.

ALLAHYARHAM IMAM MUDA MAMAT
(KERAMAT BUNTUT PULAU )

Anak kepada Imam Zul Bayan yang merantau ke Kampung Buntut Pulau. Beliau mendirikan sebuah pusat pengajian agama di sana. makam beliau terdapat di sana berhampiran dengan padang bola Majlis Bandaran Temerloh.

ALLAHYARHAM KADI ABU BAKAR (TUAN SANGGANG) 1830

Kadi Besar yang pertama dapat di kesan setakat ini disebut oleh W.Linehan di dalam bukunya "The History of Pahang”, mentadbir di kawasan hulu Pahang, seolah-olah pada masa itu di Pahang ada dua mufti.

ALLAHYARHAM IMAM PERANG SANGGANG (1820-1900)

Imam Perang Sanggang adalah merupakan Orang Besar Berlapan Negeri Pahang sekitar tahun 1880an. Nama beliau sebenar ialah Teh atau kerapkali digelar “Imam Teh”. Anak kepada Kadi Abu Bakar sebagai ketua di daerah tersebut. Kedudukan Imam Teh masih lagi dibawah kekuasan Orang Kaya Temerloh, tetapi beliau seorang yang sangat bijaksana dalam soal-soal politik sehingga kadangkala kedudukannya melebihi kedudukan Orang Kaya Temerloh.

ALLAHYARHAM IMAM YAAKUB BIN LEBAI MUJI ( 1843-1926)

Tuan Guru dilahirkan di Kampung Sanggang Seberang,Temerloh Pahang. Keluarga ini berasal dari Kelantan.Keluarga ini sampai ke Temerloh,kerana datuk kepada Tuan Guru iaitu Imam Derajat merupakan seorang pendakwah, Setelah besar Tuan Guru dihantar pula oleh ayahnya mengaji ke Kelantan kemudian ke Patani. Dari Patani, Tuan Guru menyambung pengajian ke Mekah. Tuan Guru tinggal lama di Mekah setelah itu pada tahun 1902 beliau kembali ke Sanggang.

KADI HAJ ALLAHYARHAM I ISMAIL BIN SAID (1891-1958)

Dilahirkan di Kampung Kerdau ,Mentakab Pahang,Beliau memulakan pengajian agama secara formal di Pondok Sungai keladi Kelantan selama 6 tahun,setelah itu menyambung pengajian di Mekah selama 6 tahun lagi. Sekembali dari Mekah,beliau mengajar di beberapa tempat seperti di Kuala Kaung Lanchang,Golok dan di Kerdau.

ALLAHYARHAM KADI HAJI OSMAN BIN HASHIM (1911 - )

Berasal dari Kampung Lebak, Temerloh Pahang. Keluarga ini asalnya berkhidmat kepada Sultan Selangor,akan tetapi pada masa Bendahara Tun Abdul Majid (1800),mereka tinggal di Pekan Pahang. Tuan Kadi Haji Osman mendapat pendidikan di Mekah, beliau seorang yang sangat alim dan menjadi rujukan masyarakat di Daerah Temerloh bagi mendapatkan panduan dan hukum hakam.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI SAID ( Pondok Catin )

Satu-satunya Tuan Guru yang membuka pondok hanya untuk murid perempuan di kawasan Temerloh. Pondok ini terletak di Kampung Catin Mentakab Pahang, Tuan Guru ini mengaji di pondok Tuan Guru Haji Abdullah Tahir,Benut Payung Kelantan. Namun usia Tuan Guru tidak panjang meninggal dunai sekitar tahun 1970an.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN
(Pondok Durian Pangsaenam)

Tuan Guru merupakan pengasas kepada Madrasah Al Diniah Pangsenam. Tuan Guru dilahirkan pada tahun 1920,anak kepada Haji Ibrahim, ibunya bernama Fatimah. Memulakan pengajian kepada guru-guru agama di sekitar kawasan Lebak kemudian menyambung pengajian ke Kelantan. Tuan Guru belajar kepada Haji Abdullah Tahir dalam jangka waktu yang lama.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI MOKHTAR BIN YAAKUB (Timbalan Ketua Syeikhul Al Arqam)

Tokoh ini merupakan cucu kepada Kadi Ibrahim bin Hurairah,yang disebut Kadi Tua; Kadi Ibrahim Melanjutkan pelajaran ke Al Azhar di Mesir sehingga memperolehi ijazah master, bertugas di Kulliah Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang, kemudian berhenti untuk menyertai pertubuhan Al Arqam di Kuala Lumpur.Keluar dari Al Arqam kerana tidak puas hati dengan amalan2 ahli arqam.


Tiada ulasan: