Khamis, 11 Februari 2010
ZULKIFLI DALAM SIASATAN...!!!!!
IF KARPAL TO BE JUDGES...HOW????
KUALA LUMPUR – Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu semalam ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengadili kes itu.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal Singh bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.
KERATAN Kosmo! 9 Februari 2010.
“Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar.
Rabu, 10 Februari 2010
JANGAN DISKRIMINASI ADUN PAKATAN - NIZAR
Jumaat, 5 Februari 2010
KES LIWAT DSAI & SAIFUL....DRAMA KELUARGA??
Khamis, 4 Februari 2010
Cadangan pinda Perlembagaan Pas
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan pindaan Perlembagaan Parti perlu dilakukan supaya jawatan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin tidak diambil dalam kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat. Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian kerana ia akan dilihat tidak adil terutama apabila Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang juga AJK Pusat membicarakan AJK Pusat sendiri yang turut memegang jawatan. “Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. “Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyakkarenah dalaman,” katanya dalam blognya. Beliau turut melahirkan kekecewaan dengan tindakan pemimpin Pas yang menggunakan saluran media bagi melahirkan ketidakpuashatian terhadap keputusan penghakiman jawatankuasa itu terhadap dua pemimpin Pas Selangor iaitu Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad. Katanya, andaiannya ternyata meleset apabila UMNO yang dijangka akan memainkan isu tersebut bagi melemahkan pengaruh Pas khususnya di Selangor tidak berbuat demikian, sebaliknya beliau diserang dan dikritik hebat oleh ahli Pas.
Isnin, 1 Februari 2010
SANDIWARA!!! @ LAKONAN!!!
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid bin Md Arip berkata kenyataan keras MP Bayan Baru terhadap KM Pulau Pinang adalah "sandiwara" sahaja. Ini adalah kerana MP Bayan Baru sedar bahawa sokongan orang-orang Melayu terhadap kerajaan Pulau Pinang merundum merosot, maka untuk tarik semula sokongan Melayu maka dicipta satu lakonan yang kononnya melawan arus dengan KM kerajaan Pulau Pinang. Seolah-olah dialah hero Melayu Pulau Pinang, sedangkan yang perjuangkan Melayu Pulau Pinang selama ini ialah Umno....
Lakonan & sandiwara ini sebiji macam Salman Rushdie semasa menghina Baginda S.A.W dahulu...Apabila berjaya mencipta lakonan @ senario untuk membangkitkan kemarahan sesuatu pihak maka akan wujud pihak yang satu lagi untuk membela dan akhirnya dia menjadi popular....
Oleh itu diseru seluruh pejuang-pejuang Melayu Islam agar tidak terpengaruh dengan segala "sandiwara" tersebut..Kalau orang yang berada dalam kelambu PKR dahulu pun tak yakin dengan senario perpecahan Pakatan Rakyat ini, apatah lagi orang-orang yang diluar kelambu PKR.....Jangan Mudah Terpengaruh......Teruskan Berjuang....