Isnin, 26 November 2012

KUASA JAHAT BARAT

SEJAK JATUHNYA EMPAYAR ISLAM DUNIA DIKUASAI OLEH DUNIA BARAT. MEREKA BUKAN HANYA MEMPENGARUHI SECARA FIZIKAL TETAPI JUGA PEMIKIRAN RAKYAT DUNIA BAHAWA KONSEP DAN FALSAFAH KEADILAN MEREKA ADALAH YANG TERBAIK HINGGAKAN TIADA SIAPA MEMPERSOALKANNYA. BARAT JUGA MENGUASAI ILMU KETENTERAAN YANG HEBAT DIMANA HANYA MEREKA SAHAJA YANG BOLEH MENGGUNAKAN NUKLEAR TIDAK KEPADA NEGARA-NEGARA LAIN SEHINGGAKAN MEREKA BOLEH MENINDAS SESIAPA SAHAJA YANG MENCABAR PRINSIP KEADILAN VERSI MEREKA ITU. BARAT PETAH BERCAKAP SOAL UNDANG-UNDANG, HAK ASASI MANUSIA DAN DEMOKRASI HINGGAKAN TANPA DISEDARI BARAT BOLEH BERI TEKANAN PADA MANA-MANA NEGARA YANG DISUKAINYA.

DEMOKRASI YANG DILAKUKAN OLEH SERBIA DI BOSNIA DIBOLEHKAN OLEH KUASA BESAR BARAT MESKIPUN MENINDAS ORANG ISLAM BOSNIA. DEMOKRASI OLEH ISRAEL DIBENARKAN OLEH BARAT MESKIPUN NIATNYA UNTUK HANCURKAN RAKYAT ISLAM PALESTIN. TETAPI JIKA ADA KEPENTINGAN MAKA UNDANG-UNDANG KONONNYA KEADILAN DIGUNAPAKAI CONTOHNYA NEGARA KUWAIT DILINDUNGI DARIPADA KEKEJAMAN IRAQ, HAKIKATNYA KUWAIT DILINDUNGI KERANA SUMBER PETROLEUMNYA TETAPI PALESTIN TIADA KEPENTINGAN MAKA DIBIARKAN SAHAJA KEKEJAMAN ISRAEL BERLANSUNGAN DISANA.

STRATEGI BARAT MENGUASAI SESEBUAH NEGARA ADALAH SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG. SECARA LANGSUNG, MEREKA AKAN TERUS MENCEROBOH SESEBUAH NEGARA YANG KONONNYA UNTUK MENENTANG KEZALIMAN RAKYAT DI NEGARA TERSEBUT. SECARA TIDAK LANGSUNG ADALAH DENGAN MENGAWAL DARI JAUH DENGAN MELETAKKAN SESEORANG YANG BERTINDAK SEBAGAI PEMIMPIN DAN MELEBARKAN FAHAMAN-FAHAMAN JAHAT BARAT CONTOHNYA LIBERALISME DAN PLURALISME.

TAHAP KEBIMBANGAN AKAN FENOMENA POLITIK NEGARA SEMAKIN MENGGUSARKAN RAKYAT. GERAKAN-GERAKAN UNTUK MENJATUHKAN SEMANGAT TOLERANSI BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA TELAH DILAKUKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG KEMARUKKAN KUASA POLITIK. MENGGUNAKAN AGAMA ISLAM YANG SUCI SEBAGAI ALATAN UNTUK KUASA POLITIK JUGA AMAT MEMBIMBANGKAN. SELAMA INI KESUCIAN ISLAM DIJAGA DAN DILETAKKAN DITEMPAT YANG TERTINGGI TELAH MULAI DISENTUH OLEH TANGAN-TANGAN KOTOR SECARA SENGAJA TIMBULKAN RASA MARAH DIKALANGAN UMAT ISLAM.

LAWAN TETAP LAWAN TERHADAP ANCAMAN PLURALISME.....AMIN

Tiada ulasan: