Isnin, 1 Februari 2010

SANDIWARA!!! @ LAKONAN!!!



Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid bin Md Arip berkata kenyataan keras MP Bayan Baru terhadap KM Pulau Pinang adalah "sandiwara" sahaja. Ini adalah kerana MP Bayan Baru sedar bahawa sokongan orang-orang Melayu terhadap kerajaan Pulau Pinang merundum merosot, maka untuk tarik semula sokongan Melayu maka dicipta satu lakonan yang kononnya melawan arus dengan KM kerajaan Pulau Pinang. Seolah-olah dialah hero Melayu Pulau Pinang, sedangkan yang perjuangkan Melayu Pulau Pinang selama ini ialah Umno....

Lakonan & sandiwara ini sebiji macam Salman Rushdie semasa menghina Baginda S.A.W dahulu...Apabila berjaya mencipta lakonan @ senario untuk membangkitkan kemarahan sesuatu pihak maka akan wujud pihak yang satu lagi untuk membela dan akhirnya dia menjadi popular....

Oleh itu diseru seluruh pejuang-pejuang Melayu Islam agar tidak terpengaruh dengan segala "sandiwara" tersebut..Kalau orang yang berada dalam kelambu PKR dahulu pun tak yakin dengan senario perpecahan Pakatan Rakyat ini, apatah lagi orang-orang yang diluar kelambu PKR.....Jangan Mudah Terpengaruh......Teruskan Berjuang....

Tiada ulasan: