Khamis, 11 Februari 2010

ZULKIFLI DALAM SIASATAN...!!!!!



KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sekali lagi dirujuk ke Jawatankuasa Displin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kenyataan melabelkan DAP sebagai duri dalam daging Pakatan Rak- yat (PR). Anwar berkata, kes tersebut kini telah disiasat jawatankuasa tersebut dan tidak menolak kemungkinan tindakan tegas akan dikenakan terhadap wakil rakyat itu. “Perkara tersebut adalah pendapat peribadi beliau yang bertentangan dengan pimpinan, dasar PR dan PKR. “Kita tidak mahu lagi mendengar alasan yang sama kerana segala tindakan adalah mengikut dasar dan jika sebaliknya beliau tidak mempunyai pilihan melainkan berdepan dengan hukuman yang dikenakan,” katanya Menurutnya, dalam konvensyen PR baru-baru ini, mereka telah memutuskan untuk menerima ketiga-tiga parti induk iaitu PKR,Pas dan DAP. “Mereka juga bersetuju dalam beberapa asas per- lembagaan dari segi bahasa Malaysia, hak keistimewaan Melayu, agama Islam dan kedudukan raja Melayu yang telah ditandatangani untuk muafakat bersama. “Kontroversi yang direka kononnya DAP menentang hak keistimewaan orang Melayu tidak timbul kerana mereka telah bersetuju demi kebaikan bersama,” katanya.:
(SINAR HARIAN-11.02.2010)
MASALAH DALAM PKR.....
1. Ahli PKR tak boleh tegur dan telanjangkan kelemahan pemimpinnya...
2. PKR bukannya 100% parti Melayu Islam, maka nak kena jaga hati & perasaan ahli-ahli PKR bukan Melayu. Sebab itulah nak kena janji macam-macam....
3. Umno dituduh sebagai parti yang ahlinya angguk sahaja pada pemimpin...."SERUPA JE DALAM PKR KALAU GITU"..
4. PKR terpaksa berbaik dengan DAP meskipun agenda perjuangan parti yang berbeza.....
5. PKR terpaksa sayangkan DAP kerana nakkan undi bukan Melayu....
6. Ramai ahli PKR asalnya daripada DAP.....
7. PKR & DAP sanggup berkongsi apa sahaja pada masa sekarang.....Jika dah berkuasa nanti - "lain cerita"........Apa dah jadi di Perak, Selangor & Pulau Pinang?????......
8. Ramai pemimpin PKR dah mula buka mata hati, cuma "malu" nak balik ke pangkal jalan.........
"DAULAT RAJA-RAJA MELAYU"

Tiada ulasan: