Terdapat beberapa risalah telah diedarkan di kawasan Masjid Muhammadi Kota Bharu
Kelantan yang mahukan Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi yang juga Presiden PAS
sebagai PM Malaysia nanti jika PR menguasai Malaysia di PRU 13. Risalah tersebut
didapati ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat di Masjid Muhammadi pada 16
Nov. 2012.
Risalah tersebut membuat perbandingan di antara Hj. Hadi
dengan Anwar Ibrahim yang menunjukkan Hj. Hadi lebih layak menjadi PM berbanding
Anwar Ibrahim. Risalah tersebut adalah sebuah nukilan Subky Abdul Latif, penulis
Harakah yang popular.
Ini menunjukkan bahawa dalam diam terdapat desakan
oleh kumpulan PAS Kelantan serta rakyat Kelantan yang mahukan golongan Ulama
sebagai PM. Risalah tersebut jelas menunjukkan suara ahli PAS Kelantan
memandangkan ia diedarkan ketika Hari Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada
16 Nov. 2012 di Stadium Kota Bharu Kelantan.
Kini tumpuan seluruh ahli PAS
seluruh Malaysia adalah di Kelantan kerana PUTIK menjadi tuan rumah untuk
Muktamar Tahunan PAS pada tahun ini. Masjid Muhammadi merupakan antara masjid
yang menjadi tumpuan ramai samada pelancong dan rakyat tempatan. Pengedaran di
masjid ini bertujuan untuk memberitahu kepada rakyat Kelantan bahawa Malaysia
amat memerlukan Presiden PAS sebagai PM dan bukannya Anwar Ibrahim.
Sekaligus ini telah menafikan bahawa ahli PAS dan rakyat Kelantan menerima
Anwar Ibrahim sebagai PM sebaliknya Hj. Hadi yang juga seorang Ulama lebih
sesuai dengan hasrat PAS yang komited untuk melaksanakan undang-undang hudud dan
pemerintahan berasaskan Ulama. Ini berikutan terdapat juga risalah yang mahukan
kepimpinan Ulama dikekalkan.
Berkemungkinan desakan ini timbul selepas Anwar
Ibrahim dan PKR kini dilihat berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk masalah
moral serta yang terbaru melibatkan Nurul Izzah yang membenarkan kebebasan
beragama di negara ini. Sebagai negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah yang
kuat berpegang kepada ajaran Islam serta kepimpinan Ulama, rakyat Kelantan
merasakan Anwar Ibrahim sudah tidak sesuai lagi menjadi PM kerana pendirian
Anwar yang sentiasa berubah tentang perjuangan Islam tidak seperti Hj. Hadi
seorang Ulama yang komited dan zuhud dalam mempertahankan Islam di Negara ini.
Hasrat dan keingginan ini perlu diambil kira oleh kepimpinan tertinggi PAS
yang kini sedang membahaskan pelbagai usul di Muktamar tahunan agar memikirkan
kesesuaian supaya Hj. Hadi menjadi PM. Mungkin usul ini akan menimbulkan
keresahan dan kemarahan Anwar serta pemimpin PR yang lain namun untuk memastikan
Daulah Islamiah tertegak di bumi ini Hj Hadi dilihat lebih sesuai ke arah ini.
PAS perlu berani mempertahankan pendirian dan kehendak akar umbi ahlinya
serta rakyat Kelantan yang sebelum ini adalah penyokong tegar PAS agar
mencadangkan Hj. Hadi sebagai PM. Jika tidak ia menunjukkan PAS mengenepikan
pandangan ahlinya serta menyerlahkan lagi kepimpinan PAS yang sedia ada tunduk
kepada PKR/DAP. PAS perlu berani berhadapan dengan segala risiko termasuk
penentangan dari kumpulan Erdogan PAS serta golongan Anwarinas dalam
mempertahankan kepimpinan Ulama pada masa akan datang.
Adakah gerakan oleh
golongan Ulama ini akan mendapat sambutan daripada PAS negeri lain atau
sebaliknya??? Adakah Ulama yang akan menerajui pemimpinan Negara sekiranya PR
menawan Putrajaya. Sama-samalah kita nantikan…
pls : DAP nak
kan Anwar Ibrahim jadi PM sebab arahan Singapore dan
Yahudi.
(Belum lagi tubuh kerajaan dah
berebut kerusi PM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan