Khamis, 4 Februari 2010


Cadangan pinda Perlembagaan Pas

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan pindaan Perlembagaan Parti perlu dilakukan supaya jawatan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin tidak diambil dalam kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat. Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian kerana ia akan dilihat tidak adil terutama apabila Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang juga AJK Pusat membicarakan AJK Pusat sendiri yang turut memegang jawatan. “Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. “Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyakkarenah dalaman,” katanya dalam blognya. Beliau turut melahirkan kekecewaan dengan tindakan pemimpin Pas yang menggunakan saluran media bagi melahirkan ketidakpuashatian terhadap keputusan penghakiman jawatankuasa itu terhadap dua pemimpin Pas Selangor iaitu Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad. Katanya, andaiannya ternyata meleset apabila UMNO yang dijangka akan memainkan isu tersebut bagi melemahkan pengaruh Pas khususnya di Selangor tidak berbuat demikian, sebaliknya beliau diserang dan dikritik hebat oleh ahli Pas.
Komentar......
Sejak akhir-akhir ni, beban tugas Tn Ibrahim Tn Man dah semakin banyak...Mana nak jaga kawasan Jengka, nak jaga Pas Pahang, nak jaga Pas Pusat, nak jaga keluarga dan sahabat handai...Semua hati nak jaga....
Macamana nak jaga negara, wahai Tn Ibrahim Tn Man.....jaga parti pun dan pening kepala....Gunakanlah ilmu agama yang Tn Ibarahim ada......"semua rakyat Pas kena dengar cakap pemimpin atas..........jangan melawan...."
Mungkin ini hanya sandiwara Pas sahaja.......nak cari simpati......kononya ahli bawahan boleh tegur pemimpin walaupun cara terbuka?????

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tugas Ust memang diketahui umum terlalu banyak,maklumlah Naib Presiden dan Pesuruhjaya pula.Semua ALLAH membuka hati Ust untuk terus berceramah dalam ilmu keagamaan. Seseunnguhnya ahli politik tidak akan terlepas dari tipu muslihat bagi menawan hati pengundi.

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, waima siapa saja yang menjadi pemimpin PAS akan pening kepala dengan tinkah kemungkaran penyangak-penyangak yang menyamar ulama dalam PAS.........

yusof berkata...

Salam bro,taniah atas coretan anda
didoakan supaya anada mencari serta mecoret coretan yang lebih bernas . terima kasih