Rabu, 10 Februari 2010

JANGAN DISKRIMINASI ADUN PAKATAN - NIZAR

IPOH, 10 Feb: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin mahu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mendiskriminasi Adun Pakatan dan menunjukkan keikhlasan jika benar-benar mahu mereka memberikan kerjasama.Pada sidang media di Pejabat PAS Perak malam tadi, beliau berkata, Adun Pakatan sedia memberikan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan negeri namun segala sekatan ke atas Adun Pakatan Rakyat perlu dihentikan.
Ianya termasuk tidak menghalang peruntukan kepada setiap Adun Pakatan Rakyat supaya mereka dapat meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat tanpa batasan perkauman dan fahaman politik.Adun Pakatan juga perlu diberi kebenaran menggunakan dewan-dewan orang ramai untuk kebaikan rakyat.Nizar juga mahukan Kerajaan BN Perak memberikan ruang yang secukupnya kepada Pakatan Rakyat untuk turut serta dalam Jawatankuasa Tindakan Dewan Negeri.
Pada sidang media itu juga Nizar turut menyatakan rasa sedihnya di atas keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memihak kepada Zambry, sambil menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu sejarah hitam, bukan sahaja bagi negeri Perak, malah bagi seluruh negara.
KOMENTAR:-
MANUSIA YANG PALING BENGANG, MARAH, SEDIH DAN KECEWA IALAH LIM KIT SIANG DAN SELURUH PENGANUT DAP KEBANGSAAN. KERANA KERUSI ADUN DAP BANYAK DIKUASAI OLEH MEREKA BERBANDING PAS & PKR..TERNYATA MEREKA RASA SILAP KERANA MEMILIH NIZAR SEBAGAI MB PERAK DAHULU.
JIKALAU PAS SETUJU UNTUK BERSAMA DENGAN UMNO/BN SELEPAS PRU12 TEMPOHARI DALAM CADANGAN MEMBENTUK KERAJAAN CAMPURAN MUNGKIN KEADAAN YANG SEBALIKNYA BERLAKU TETAPI OLEH KERANA SILAP PILIH KAWAN MAKA PAS@NIZAR TERPAKSA TANGGUNG BEBAN YANG BERAT BERHADAPAN DENGAN PENYOKONG-PENYOKONG PAS DI PERAK...KREDIBILITI NIZAR UNTUK TADBIR PAS DI PERAK SUDAH TERCALAR KERANA DIPANDANG RENDAH OLEH KELUARGA DALAM PAKATAN RAKYAT......
NIZAR TERPAKSA MELETAKKAN KESALAHAN EKORAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TERHADAP INSTITUSI RAJA NEGERI PERAK...(NAK BERMUSUH DENGAN RAJA PULAK!!!)...INI ADALAH AGENDA SEBENAR DAP UNTUK MENJATUHKAN INSTITUSI BERAJA DALAM NEGARA MALAYSIA....
INSAFLAH WAHAI SI ABANG NIZAR.......BALIK KE PANGKAL JALAN.....
"DAULAT TUANKU................"

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, begitulah cakap bagi orang yang dah kalah..... kalau tak akulah samseng.......... samseng tai kucing...hamPAS.

yusof berkata...

salam bro,kita dah sedia maklum keputusan baginda sultan perak adalah betul,kerana tuanku lebih arif tentang undang undang cuma nizar saja nak derhaka utk meraih simpati dari rakyat jelata.syukur kita pada yang esa kerana hakim menjalankan tugas dengan bijak sana.taubatlah nizar.daulat tuanku