Khamis, 11 Februari 2010

ZULKIFLI DALAM SIASATAN...!!!!!



KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sekali lagi dirujuk ke Jawatankuasa Displin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kenyataan melabelkan DAP sebagai duri dalam daging Pakatan Rak- yat (PR). Anwar berkata, kes tersebut kini telah disiasat jawatankuasa tersebut dan tidak menolak kemungkinan tindakan tegas akan dikenakan terhadap wakil rakyat itu. “Perkara tersebut adalah pendapat peribadi beliau yang bertentangan dengan pimpinan, dasar PR dan PKR. “Kita tidak mahu lagi mendengar alasan yang sama kerana segala tindakan adalah mengikut dasar dan jika sebaliknya beliau tidak mempunyai pilihan melainkan berdepan dengan hukuman yang dikenakan,” katanya Menurutnya, dalam konvensyen PR baru-baru ini, mereka telah memutuskan untuk menerima ketiga-tiga parti induk iaitu PKR,Pas dan DAP. “Mereka juga bersetuju dalam beberapa asas per- lembagaan dari segi bahasa Malaysia, hak keistimewaan Melayu, agama Islam dan kedudukan raja Melayu yang telah ditandatangani untuk muafakat bersama. “Kontroversi yang direka kononnya DAP menentang hak keistimewaan orang Melayu tidak timbul kerana mereka telah bersetuju demi kebaikan bersama,” katanya.:
(SINAR HARIAN-11.02.2010)
MASALAH DALAM PKR.....
1. Ahli PKR tak boleh tegur dan telanjangkan kelemahan pemimpinnya...
2. PKR bukannya 100% parti Melayu Islam, maka nak kena jaga hati & perasaan ahli-ahli PKR bukan Melayu. Sebab itulah nak kena janji macam-macam....
3. Umno dituduh sebagai parti yang ahlinya angguk sahaja pada pemimpin...."SERUPA JE DALAM PKR KALAU GITU"..
4. PKR terpaksa berbaik dengan DAP meskipun agenda perjuangan parti yang berbeza.....
5. PKR terpaksa sayangkan DAP kerana nakkan undi bukan Melayu....
6. Ramai ahli PKR asalnya daripada DAP.....
7. PKR & DAP sanggup berkongsi apa sahaja pada masa sekarang.....Jika dah berkuasa nanti - "lain cerita"........Apa dah jadi di Perak, Selangor & Pulau Pinang?????......
8. Ramai pemimpin PKR dah mula buka mata hati, cuma "malu" nak balik ke pangkal jalan.........
"DAULAT RAJA-RAJA MELAYU"

IF KARPAL TO BE JUDGES...HOW????

Karpal ditegur kata hakim ‘bohong’

KUALA LUMPUR – Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu semalam ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengadili kes itu.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal Singh bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.
KERATAN Kosmo! 9 Februari 2010.
“Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar.
KOMENTAR:-
SIAPA YANG BERKUASA DALAM MAHKAMAH...........SUDAH TENTU HAKIM....KALAU HAKIM PUN DEPA DAH BOLEH CAKAP MACAM-MACAM TAK PERLU MALAYSIA ADA UNDANG-UNDANG...LEBIH BAIK GUNA UNDANG-UNDANG RIMBA AJE....
APA AKAN JADI PADA NEGARA KALAU KARPAL JADI HAKIM...????
YANG BERSALAH JADI TAK BERSALAH DAN SEBALIKNYA......
KALAU MACAM TU, MACAMANA NAK MEMERINTAH MALAYSIA.....HARU-BIRU DIBUATNYA......
PLEASE RESPECT TO THE OTHERS BEFORE ASKING THEM TO RESPECT OURS.....
PEACEFUL IN MIND...................
DAULAT RAJA-RAJA MELAYU......................

Rabu, 10 Februari 2010

JANGAN DISKRIMINASI ADUN PAKATAN - NIZAR

IPOH, 10 Feb: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin mahu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mendiskriminasi Adun Pakatan dan menunjukkan keikhlasan jika benar-benar mahu mereka memberikan kerjasama.Pada sidang media di Pejabat PAS Perak malam tadi, beliau berkata, Adun Pakatan sedia memberikan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan negeri namun segala sekatan ke atas Adun Pakatan Rakyat perlu dihentikan.
Ianya termasuk tidak menghalang peruntukan kepada setiap Adun Pakatan Rakyat supaya mereka dapat meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat tanpa batasan perkauman dan fahaman politik.Adun Pakatan juga perlu diberi kebenaran menggunakan dewan-dewan orang ramai untuk kebaikan rakyat.Nizar juga mahukan Kerajaan BN Perak memberikan ruang yang secukupnya kepada Pakatan Rakyat untuk turut serta dalam Jawatankuasa Tindakan Dewan Negeri.
Pada sidang media itu juga Nizar turut menyatakan rasa sedihnya di atas keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memihak kepada Zambry, sambil menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu sejarah hitam, bukan sahaja bagi negeri Perak, malah bagi seluruh negara.
KOMENTAR:-
MANUSIA YANG PALING BENGANG, MARAH, SEDIH DAN KECEWA IALAH LIM KIT SIANG DAN SELURUH PENGANUT DAP KEBANGSAAN. KERANA KERUSI ADUN DAP BANYAK DIKUASAI OLEH MEREKA BERBANDING PAS & PKR..TERNYATA MEREKA RASA SILAP KERANA MEMILIH NIZAR SEBAGAI MB PERAK DAHULU.
JIKALAU PAS SETUJU UNTUK BERSAMA DENGAN UMNO/BN SELEPAS PRU12 TEMPOHARI DALAM CADANGAN MEMBENTUK KERAJAAN CAMPURAN MUNGKIN KEADAAN YANG SEBALIKNYA BERLAKU TETAPI OLEH KERANA SILAP PILIH KAWAN MAKA PAS@NIZAR TERPAKSA TANGGUNG BEBAN YANG BERAT BERHADAPAN DENGAN PENYOKONG-PENYOKONG PAS DI PERAK...KREDIBILITI NIZAR UNTUK TADBIR PAS DI PERAK SUDAH TERCALAR KERANA DIPANDANG RENDAH OLEH KELUARGA DALAM PAKATAN RAKYAT......
NIZAR TERPAKSA MELETAKKAN KESALAHAN EKORAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TERHADAP INSTITUSI RAJA NEGERI PERAK...(NAK BERMUSUH DENGAN RAJA PULAK!!!)...INI ADALAH AGENDA SEBENAR DAP UNTUK MENJATUHKAN INSTITUSI BERAJA DALAM NEGARA MALAYSIA....
INSAFLAH WAHAI SI ABANG NIZAR.......BALIK KE PANGKAL JALAN.....
"DAULAT TUANKU................"

Jumaat, 5 Februari 2010

KES LIWAT DSAI & SAIFUL....DRAMA KELUARGA??

Timbul beberapa persoalan berkaitan kes yang sedang hangat di zaman alaf baru ini :-
1. Mungkin DSAI sengaja reka cipta kes ini bagi membalas dendam kepada kerajaan bagi membuktikan kes ini akan beliau menang kelak...Kemenangan sudah dijangka!!!
2. Menggunakan segala pengetahuan undang-undang negara,i.e. kemukakan rayuan kes, kemukakan tangguh kes, mohon dokumen-dokumen pendakwaan dan macam-macam lagi supaya ada rakyat yang marah (anti-DSAI) dan ada yang sokong (PKR) tetapi akhirnya keputusan Mahkamah telah dirancang oleh DSAI....
3. Apa juga keputusan Mahkamah kelak akan dijadikan platform karier politiknya untuk jadi PM terutama hadapi p/raya Sarawak dan PRU 13 nanti..
4. Menggunakan pengaruh kawan2 dalam PR supaya wujud suasana DRAMA lompat parti, letak jawatan dalam parti, hentam secara terbuka sesama kengkawan dalam PR seolah-olah menggambarkan PR berada didalam "unstability" supaya BN rasa selesa...
5. Menggunakan mangsa liwat sebagai "pelakon utama " supaya DSAI dapat simpati rakyat dan akhirnya menang perbicaraan Mahlamah kelak.
6. Merekacipta "butiran terperinci kejadian liwat" supaya timbul perasaan tidak percaya oleh rakyat, bahawa bekas TPM sanggup melakukan perbuatan itu terhadap bekas pembantunya..
7. Hasrat terakhirnya meletakkan BN sebagai jahat dan pencetus idea mencipta "kes liwat" ini yang sengaja dikenakan kepadanya untuk kali keduanya...
Bersiap sedialah wahai pejuang-pejuang Melayu Islam sekelian daripada segala tipu daya manusia yang akan lakukan apa sahaja semata-mata nak capai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.......

Khamis, 4 Februari 2010


Cadangan pinda Perlembagaan Pas

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan pindaan Perlembagaan Parti perlu dilakukan supaya jawatan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin tidak diambil dalam kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat. Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian kerana ia akan dilihat tidak adil terutama apabila Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang juga AJK Pusat membicarakan AJK Pusat sendiri yang turut memegang jawatan. “Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. “Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyakkarenah dalaman,” katanya dalam blognya. Beliau turut melahirkan kekecewaan dengan tindakan pemimpin Pas yang menggunakan saluran media bagi melahirkan ketidakpuashatian terhadap keputusan penghakiman jawatankuasa itu terhadap dua pemimpin Pas Selangor iaitu Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad. Katanya, andaiannya ternyata meleset apabila UMNO yang dijangka akan memainkan isu tersebut bagi melemahkan pengaruh Pas khususnya di Selangor tidak berbuat demikian, sebaliknya beliau diserang dan dikritik hebat oleh ahli Pas.
Komentar......
Sejak akhir-akhir ni, beban tugas Tn Ibrahim Tn Man dah semakin banyak...Mana nak jaga kawasan Jengka, nak jaga Pas Pahang, nak jaga Pas Pusat, nak jaga keluarga dan sahabat handai...Semua hati nak jaga....
Macamana nak jaga negara, wahai Tn Ibrahim Tn Man.....jaga parti pun dan pening kepala....Gunakanlah ilmu agama yang Tn Ibarahim ada......"semua rakyat Pas kena dengar cakap pemimpin atas..........jangan melawan...."
Mungkin ini hanya sandiwara Pas sahaja.......nak cari simpati......kononya ahli bawahan boleh tegur pemimpin walaupun cara terbuka?????

Isnin, 1 Februari 2010

SANDIWARA!!! @ LAKONAN!!!



Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid bin Md Arip berkata kenyataan keras MP Bayan Baru terhadap KM Pulau Pinang adalah "sandiwara" sahaja. Ini adalah kerana MP Bayan Baru sedar bahawa sokongan orang-orang Melayu terhadap kerajaan Pulau Pinang merundum merosot, maka untuk tarik semula sokongan Melayu maka dicipta satu lakonan yang kononnya melawan arus dengan KM kerajaan Pulau Pinang. Seolah-olah dialah hero Melayu Pulau Pinang, sedangkan yang perjuangkan Melayu Pulau Pinang selama ini ialah Umno....

Lakonan & sandiwara ini sebiji macam Salman Rushdie semasa menghina Baginda S.A.W dahulu...Apabila berjaya mencipta lakonan @ senario untuk membangkitkan kemarahan sesuatu pihak maka akan wujud pihak yang satu lagi untuk membela dan akhirnya dia menjadi popular....

Oleh itu diseru seluruh pejuang-pejuang Melayu Islam agar tidak terpengaruh dengan segala "sandiwara" tersebut..Kalau orang yang berada dalam kelambu PKR dahulu pun tak yakin dengan senario perpecahan Pakatan Rakyat ini, apatah lagi orang-orang yang diluar kelambu PKR.....Jangan Mudah Terpengaruh......Teruskan Berjuang....