Rabu, 21 Oktober 2015

SYAIR KEAGAMAAN DI PAHANG

Pendahuluan


Syair keagamaan mula diperkenalkan di dalam bahasa Melayu oleh Hamzah Fansuri di Acheh. Kebanyakan syair hasil karya beliau adalah di dalam bentuk syair tasawuff yang membawa ajaran Mertabat Tujuh yang terkenal itu. Di samping syair-syair yang di hasilkan oleh Hamzah terdapat juga sebuah lagi syair yang agak awal iaitu sebuah syair berbentuk roman yang berrtajuk “Syair Ken Tembuhan” syair ini tidak di ketahui siapa pengarangnya.
Perkataan “ syair” di ambil dari perkataan Arab; ia berupa serangkap puisi yang mengemukakan idea yang lengkap. Syair sangat popular di kalangan orang Arab,sehingga penyair-penyair di zaman Jahiliah dianggap aset yang sangat penting bagi sebuah kabilah atau puak-puak yang terdapat di Tanah Arab. Zaman Jahiliah dianggap zaman kemuncak perkembangan syair di kalangan orang Arab. Setelah orang Arab menerima Islam,syair terus diperkembangankan dan disuaikan dengan tatasusila Islam,apabila agama Islam diterima oleh penduduk di Alam Melayu,maka mereka menjadikan syair salah satu bentuk hiburan dan penyampaian maklumat di kalangan mereka. Walau bagaimanapun syair Melayu berlainan bentuk dan rentaknya dari syair Arab. Syair di Alam Melayu lebih menyerupai pantun dari segi bentuk dan rangkapnya.
Hamzah di anggap sebagai orang yang pertama mencipta syair Melayu,ini kerana beliau ada mengariskan cara-cara bagi membuat syair. Pelbagai bentuk ragam dan rentak syair yang dihasilkan oleh Hamzah. Selepas syair diperkembangkan oleh Hamzah Fansuri,maka syair digunakan dengan meluas oleh para pendidik untuk menyampaikan ilmu pengetahuan terutama bagi peringkat kanak-kanak.Disamping itu juga syair mendapat tempat di kalangan para pencinta kisah-kisah roman. Beberapa hasil karya roman di syairkan seperti Syair Dendang Setia,Syair Siti Zubaidah dsb.

Syair-syair di Negeri Pahang

Karya syair mula dikesan di negeri Pahang adalah di dalam Bahasa Arab,ia tertulis pada batu nesan yang dijumpai di Pulau Tambun di Pekan Pahang bertarikh 419H/1020 M. Potongan syair itu menceritakan tarikh kematian si empunya makam tersebut yang bemaksud:

Ingatlah dunia ini laksana kenderaan,
Datang nya di waktu petang ,
Dan berlalunya diwaktu subuh,
……………………………………………..
(rujuk :Mokhtar Shafiee – Makam Pulau Tambun Pekan Pahang- Laporan Muzium Pahang )

Syair di dalam bahasa Melayu yang pertama setakat ini dapat di kesan di negeri Pahang adalah merupakan perdebatan di dalam masalah Ilmu Tauhid dan fahaman Mertabat Tujuh di antara Tuk Shahibudin(1708-1800) dengan bapa saudaranya Imam Zul’ Bayan(1670-1740) yang dikumpulkan oleh Sejarawan Pahang; Encik Zakaria Hitam,syairnya seperti di bawah:
Kata Imam Zul Bayan:

Iman Syah Budin alim Betawi,
Batu Intan dikata kawi,
Berbuat ibadat bersayo diri,
Seperti kelakuan orang mencuri.

Ilmu Usul (luddin) terlalu payah,
Sekalian ulamak selalu membantah,
Jikalau tak kena kata sepatah,
Menjadi kafir nauzubillah.
(Buku Tokoh Ulamak UKM 1983-Anjuran Fakulti Pengajian Islam )

Oleh kerana negeri Pahang ketika itu menerima ajaran Mertabat Tujuh yang diasaskan oleh Hamzah Fansuri; maka dengan mudah kita membuat kesimpulan bahawa syair mula diperkenalkan ke Negeri Pahang menerusi karya-karya Hamzah yang di sebarkan dan dipelajari di Pahang ketika itu.
Pengaruh Hamzah begitu kuat hampir kesemua pusat pengajian di Pahang sekitar akhir 1600 dan awal 1700 masehi mengajar aliran ini,kecuali di beberapa tempat seperti pusat pendidikan di Kampung Bangau Tanjung di bawah Tuan Guru Haji Ismal yang merupakan guru kepada Tuk Shahibudin.
Syair-syair begitu banyak dihasilkan di Pahang ketika itu tetapi di gelar “Syair Rejam” sebagaimana di Berunei Darul Salam.

Bentuk-bentuk Syair Pahang

A) Syair Akidah yang di hasilkan oleh Tuk Shahibudin kebanyakannya mengenai kritikan kepada Ajaran Mertabat Tujuh yang terdapat di Pahang di awal kurun ke 18,seperti Syair Asyikin dan Syair Ghafilah.

B) Terdapat juga syair di dalam bentuk pelajaran seperti Syair Usul dan Syair Sifat Dua Puluh yang berkaitan dengan Ilmu Tauhid.Syair yang di hasilkan oleh Tuk Shahibudin boleh digolongkan sebagai syair Keagamaan dan Syair Pelajaran.

C) Syair yang memuji kebesaran Allah seperti Syair Tumbuh-tumbuhan.

D) Syair Tajwid merupakan syair yang agak mendalam mengenai Ilmu Tajwid. Syair ini dikarang oleh Imam Yaakub dan ia lebih merupakan satu terjemahan dari satu kitab atau syair di dalam Bahasa Arab ke Bahasa Melayu, kitab asalnya belum dapat ditentukan namun kemungkinan besar dari kitab Al Syatibi seorang penyair tajwid berbangsa Arab yang sangat masyhur itu.


E) Syair Mertabat Tujuh, syair ini tidak lagi dijumpai kerana tidak dijaga dengan sempurna oleh warisnya,seperti Syair-syair karya Imam Dzul Bayan di Mengkarak.Dari beberapa sumber penulis pernah menjejaki karya-karya ini di dalam milik orang perseorangan tetapi gagal mendapatnya.[1]

F) Syair Sejarah iaitu “Hikayat Pahang”.


Koleksi Teks Syair Tuk Shahibudin

Di antara koleksi teks syair yang banyak didapati di Pahang ialah hasil karya Tuk Shahibudin. Karya di dalam bentuk syair yang dimiliki oleh orang persaorangan seperti naskah-naskah di dalam simpanan:

a)Puan Saadiah binti Imam Yaakub Kampung Raja Songsang Temerloh Pahang, iaitu Syair Asyikin,Syair Ghafilah,Syair Usul,Syair Tumbuhan,Syair Burung,Syair Mekah,Syair Kiamat.

b)Naskah Imam Mohd Yassin bin Imam Yaakub Kampung Sanggang Seberang Temerloh Pahang, Naskah ini penulis buat cetakan photocopy tetapi yang masih kekal hanya Syair Ghafilah sahaja,yang lain sudah hilang.

c) Puan Hajjah Sharifah binti Haji Ahmad Kampung Berhala Gantang,Temerloh Pahang . Naskah ini pernah dikaji oleh Sdr Ariffin Said dari Universiti Putra Malaysia untuk Thesis Master beliau. Di katakan naskah ini kepunyaan Kadi Ibrahim bin Hurairah ,bekas Kadi Besar Pahang .Penulis percaya naskah ini ditulis lebih awal(1800 Masehi)

d) Dato’ Shahibudin bin Imam Mohammad bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang berasal dari Kampung Kuala Kaung, Lanchang Temerloh Pahang. Naskah yang paling sempurna setakat ini di dalam simpanan Dato Shahibudin bin Imam Mohammad. Koleksi ini mempunyai kesemua hasil karya Tuk Shahibudin yang belum dijumpai setakat ini seperti Syair Kebun dan Syair Pembasuh Tangan.


TOKOH ULAMAK SEKITAR DAERAH TEMERLOH (1690 - 2000M)


ALLAHYARHAM SUJI BILANG 1690 (Tanjung Keramat)

Seorang Pendakwah yang dating bersama dengan Tuk Mengkassar, berdakwah di Temerloh,berkahwin dan membuka pusat pengajian, kemudian pergi ke Kedah mengirimi Deang Celak dan meninggal di sana.

ALLAHYARHAM KADI HAJI ISMAIL MENDALIK 1650 -1720
(Orang Kaya Bangau 1 )
Mendirikan pondok di Kampung Bangau Tanjung sesudah pemergian Suji Bilang ke Kedah,tokoh ini berasal dari Mengkasar berbangsa Bugis. berfahaman Wihdatul Wujud. Guru pada Tuk Shahibudin.

ALLAHYARHAM LEBAI AJAM TOK MALIM PANJANG 1720
(Keramat Tanjung,Kg Baduk Mk Sanggang )

Beliau merupakan salah seorang Tuan Guru yang terkenal di Mukim Sanggang pada masa itu. Beliau ada mendirikan sebuah pusat pengajian di Kampung Baduk dan membawa aliran Wihdatul Wujud yang di ambil dari Hamzah Fansuri. Makam beliau masih kukuh terdapat di Lanjut Kg Baduk.

ALLAHYARHAM IMAM MUDA MAMAT
(KERAMAT BUNTUT PULAU )

Anak kepada Imam Zul Bayan yang merantau ke Kampung Buntut Pulau. Beliau mendirikan sebuah pusat pengajian agama di sana. makam beliau terdapat di sana berhampiran dengan padang bola Majlis Bandaran Temerloh.

ALLAHYARHAM KADI ABU BAKAR (TUAN SANGGANG) 1830

Kadi Besar yang pertama dapat di kesan setakat ini disebut oleh W.Linehan di dalam bukunya "The History of Pahang”, mentadbir di kawasan hulu Pahang, seolah-olah pada masa itu di Pahang ada dua mufti.

ALLAHYARHAM IMAM PERANG SANGGANG (1820-1900)

Imam Perang Sanggang adalah merupakan Orang Besar Berlapan Negeri Pahang sekitar tahun 1880an. Nama beliau sebenar ialah Teh atau kerapkali digelar “Imam Teh”. Anak kepada Kadi Abu Bakar sebagai ketua di daerah tersebut. Kedudukan Imam Teh masih lagi dibawah kekuasan Orang Kaya Temerloh, tetapi beliau seorang yang sangat bijaksana dalam soal-soal politik sehingga kadangkala kedudukannya melebihi kedudukan Orang Kaya Temerloh.

ALLAHYARHAM IMAM YAAKUB BIN LEBAI MUJI ( 1843-1926)

Tuan Guru dilahirkan di Kampung Sanggang Seberang,Temerloh Pahang. Keluarga ini berasal dari Kelantan.Keluarga ini sampai ke Temerloh,kerana datuk kepada Tuan Guru iaitu Imam Derajat merupakan seorang pendakwah, Setelah besar Tuan Guru dihantar pula oleh ayahnya mengaji ke Kelantan kemudian ke Patani. Dari Patani, Tuan Guru menyambung pengajian ke Mekah. Tuan Guru tinggal lama di Mekah setelah itu pada tahun 1902 beliau kembali ke Sanggang.

KADI HAJ ALLAHYARHAM I ISMAIL BIN SAID (1891-1958)

Dilahirkan di Kampung Kerdau ,Mentakab Pahang,Beliau memulakan pengajian agama secara formal di Pondok Sungai keladi Kelantan selama 6 tahun,setelah itu menyambung pengajian di Mekah selama 6 tahun lagi. Sekembali dari Mekah,beliau mengajar di beberapa tempat seperti di Kuala Kaung Lanchang,Golok dan di Kerdau.

ALLAHYARHAM KADI HAJI OSMAN BIN HASHIM (1911 - )

Berasal dari Kampung Lebak, Temerloh Pahang. Keluarga ini asalnya berkhidmat kepada Sultan Selangor,akan tetapi pada masa Bendahara Tun Abdul Majid (1800),mereka tinggal di Pekan Pahang. Tuan Kadi Haji Osman mendapat pendidikan di Mekah, beliau seorang yang sangat alim dan menjadi rujukan masyarakat di Daerah Temerloh bagi mendapatkan panduan dan hukum hakam.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI SAID ( Pondok Catin )

Satu-satunya Tuan Guru yang membuka pondok hanya untuk murid perempuan di kawasan Temerloh. Pondok ini terletak di Kampung Catin Mentakab Pahang, Tuan Guru ini mengaji di pondok Tuan Guru Haji Abdullah Tahir,Benut Payung Kelantan. Namun usia Tuan Guru tidak panjang meninggal dunai sekitar tahun 1970an.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN
(Pondok Durian Pangsaenam)

Tuan Guru merupakan pengasas kepada Madrasah Al Diniah Pangsenam. Tuan Guru dilahirkan pada tahun 1920,anak kepada Haji Ibrahim, ibunya bernama Fatimah. Memulakan pengajian kepada guru-guru agama di sekitar kawasan Lebak kemudian menyambung pengajian ke Kelantan. Tuan Guru belajar kepada Haji Abdullah Tahir dalam jangka waktu yang lama.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI MOKHTAR BIN YAAKUB (Timbalan Ketua Syeikhul Al Arqam)

Tokoh ini merupakan cucu kepada Kadi Ibrahim bin Hurairah,yang disebut Kadi Tua; Kadi Ibrahim Melanjutkan pelajaran ke Al Azhar di Mesir sehingga memperolehi ijazah master, bertugas di Kulliah Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang, kemudian berhenti untuk menyertai pertubuhan Al Arqam di Kuala Lumpur.Keluar dari Al Arqam kerana tidak puas hati dengan amalan2 ahli arqam.


TOKOH ULAMAK PAHANG SEKITAR DAERAH PEKAN (1600-1900M)

TUK MENGKASSAR (1690)

Orang yang mula membuka Kampung Mekasar di Pekan Pahang.Nama beliau tidak di ketahui ,Tuk Mengkassar berasal dari daerah Mengkassar di Selewasi Indonesia, Beliau dating ke Pahang bagi tujuan berdakwah .Kata pepatah ulama-ulama dahuluh
" Suji Bilang,Ali Mambang,Mekassar,Besar".
Makamnya tidak dijumpai……..

ALI MAMBANG (1690)

Tokoh agama ini membuat penempatan di Kampung Mambang,Paloh Hinai Pekan,Kedatanganya sama dengan Tuk Mengkasar. Beliau berdakwah di sekitar kawasan Paloh HInai hingga ke hulu sungai Pahang seperti Mentiga,Luit.

TUK UBAN (KERIANG AJI ) 1720

Beliau berasal dari Acheh dan pernah di anggap oleh pihak mezium ngeri Pahang sebagai pengasas kepada kain songket tenunan Pahang. Beliau masyhur dengan panggilan Tuk Uban kerana kepala beliau dipenuhi uban,Beliau mengantikan bagi mentadbir Kampung Makassar

NAHKHODA ABDULLAH (1730)

Berasal dari Acheh, merupakan seorang ahli perniagaan, kuburnya terdapat di kampung Pulau Jawa Pekan di dalam keadaan yang tidak terjaga. Sesampai di pantai timur Tanah Melayu beliau ke negeri Terengganu bagi mempelajari ilmu agama kepada Tuk Ku Pulau Manis. Makam nya di Pulau Jawa Pekan.

ALLAHYARHAM ORANG KAYA BEDIMAN (1740)

Orang Kaya Bediman yang juga seorang orang ulamak dan memegang fahaman Mertabat Tujuh. Beliau ini banyak mempengaruhi pihak istana dalam soal-soal keagamaan dan kegaitan tarekat. Terkenal dgn gelaran “Orang Kaya Seman”.

ALLAHYARHAM MUTIF MUKHSIN BIN HABIB ABDUL RAHMAN 1800

Nama beliau di sebut oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Muhamaad Riau di dalam risalah “ Bayani Al Sirki” pada tahun 1803, jika kita lihat di dalam tulisan itu yang berbunyi:“ Adapun kemudian dari itu maka akan berkata yang berkehendak pada risalah ini….Sheikh Abdullah anak Sheikh Muhammad…akan menyampaikan ia akan kehendak ku kepada Negeri Pahang sanya menuntut dari aku setengah dari sebesar-besar manusia dan itu Maulana Penghulu Yang Mulia Mahusin namanya anak Marhum Habib Abdul Rahman…….”

ALLAHYARHAM MUFTI HABIB MOHAMAD AMIN1865
(Mufti Pertama Selepas Canpurtangan British)

Beliau dilantik menjadi mufti yang pertama selepas campurtangan British di Negeri Pahang oleh KDYMM Sultan Ahmad Syah 1. Kedudukan beliau sebagai mufti dinyatakan dengan jelas di dalam syair Sultan Abu Bakar Johor.

ALLAHYARHAM MUFTI HAII OSMAN BIN SENIK (1900)
(Mufti Kedua Negeri Pahang Darul Makmur)

Di lahirkan pada tahun 1828 meinggal pada tahun 1918 di Pekan selepas solat Maghirb. Nama penuh beliau adalah Haji Osman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim bin Haji Jalaluddin, Haji Jalaluddin di katakan berasal dari Turki dan datang ke Singapura..Tuan Haji Montok bukan saja menjadi mufti tetapi beliau juga membuka pondok pengajian di Kampung Ketapang Tengah, Di samping itu sebagai mufti beliau juga menulis beberapa buah kitab antara nya : Kitab Majiliatul Musalli yang dicetak di Singapura, Kitab bertulis tangan mengenai perubatan dan Risalah Akidah.

ALLAHYARHAM MUALIM HASSAN BIN SENIK (1920)

Maalim Hassan bin Senik merupakan di antara pengasas pondok moden di Pahang, beliau sangat dipengaruhi oleh pemikiran Kaum Muda dari segi konsep pendidikan yang di bawa oleh Sheikh Tahir Jalaluddin.

KADI BESAR PAHANG KETIGA
ALLAHYARHAM HAJI DAUB BIN ZAINAL ABIDIN (1930)

Dilahirkan pada 1876 di kampong Mekassar Pekan Pahang dan mendapat pendidikan agama dari alim ulama yang ada di pekan ketika itu sepeti Haji Montok dan Mufti Habib Mohd Amin. Pada tahun 1933 beliau dilantik pula menjadi Ahli Majlis Anggota Islam Pahang yakni sebuah badan yang ditugaskan bagi menyelaraskan kegiatan kutipan zakat dan pengagihanya kepada yang berhak menerima zakat..

KADI BESAR PAHANG KEEMPAT
ALLAHYARHAM HAJI MOHD OSMAN BIN HAJI DAUD (1905- 1973)

Mendapat didikan di Sekolah Melayu Bandar Pekan, Pada 1934 melanjutkan pelajaran ke Mekah sehingga tahun 1940. Pada tahun 1953 dilantik menjadi Kadi Besar Pahang sehingga tahun 1960.

MUFTI HAJI ABBAS BIN TAHA (1939 -1950)

Sejak dari kematian Tuan Haji Montok, jawatan mufti tidak di isi hanya di pangku oleh Tuan Haji Daud sahaja sebagai Kadi Besar. Oleh kerana Negeri Pahang telah begitu lama tidak mempunyai mufti maka Baginda Sultan telah berusaha mencari seorang tokoh yang layak bagi jawatan tersebut. Setelah beberapa kali di perhatikan beberapa orang tokoh agama samada di Negeri Pahang atau di luar negeri maka pihak Baginda Sultan memperkenankan Haji Abbas Taha di lantik sebagai mufti.

MUFTI TUAN SHIEKH ABDUL RAHIM SAMANUDDI.

Beliau berasal dari Mesir, kemudian datang ke Singapura dan mengajar di beberapa buah sekolah dan masjid di sana. Tuan Sheikh sempat berkenalan dengan Sultan Pahang ketika itu dan baginda menjemput beliau untuk menjadi pengetua di Kulliah Sultan Abu Bakar yang pada masa itu kekurangan guru yang mahir di dalam bahasa Arab

TUAN GURU HJ ABD WAHID QADIM (ULU LUIT MARAN)
KADI BESAR SYED ABDUL RAHMAN BIN SYED MOHAMMED AL YAHYA( 1923- 1991)

Dilahirkan pada tahun 1923 di Pekan Pahang, Memulakan pengajian di Madrasah Al Attas Ketapang Pekan Pahang, Pada tahun 1952 kerana tidak puas hati dengan ilmu yang ada beliau menyambung pelajaran di Rabath Trim, Hadramaut di Yaman. Pada tahun 1976 beliua telah dilantik menjadi Kadi Besar Pahang selama 8 tahun..Beliau diantara Kadi Besar yang banyak menulis kitab-kitab agama, di antara kitab tulisannya ialah: Kitab Qiraah Mufidah mengenai al Quraan, Kitab Risalah Idtikad Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Allahyarham Tuan Haji Abdul Wahab bin Abdullah M.A Al Azhar (1925-2003)

(Tokoh Ulamak Umno Pekan)
ALLAHYARHAM DATO HJ MOHD TAIB BIN HASSAN ,Mufti Pahang (1929-2004)

Lahir pada 27.5.1929 di Kampung Benta,Langgar Pekan Pahang, Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Langgar,kemudian menyambung kelas ibtidaie di Kulliah Sultan Abu Bakar ,Setelah tamat pengajian di Kulliah ,beliau menyambung pelajaran ke Mekah ,Hampir 20 tahun beliau meninggalkan negara ini semata-mata untuk mencari ilmu pengetahun.

ALLAHYARHAM TUAN HAJI MOHAMMAD BIN ABU ,
Pengetua Kulliah Abu Bakar (1935-2000).

Beliau dilahirkan di Kampung Pulau Keladi ,Pekan Pahang pada 6hb Ogos 1935.Bapanya bernama Mohammad dan ibunya bernama Alijah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Biram,kemudian menyambung pelajaran di Kulliah Sultan Abu Bakar, Tuan Haji Mohammad membawa diri ke India untuk menyambung pelajaran di Universiti Darul Ulum di dalam bidang Hadis..Setelah tamat beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar di Mesir, . Sebelum balik ke Malaysia beliau sempat menghabiskan Diploma Pendidikan di Unicversiti Ain Shams selama setahun.

ALLAHYARHAM TUAN HAJI ABDUL SAMAD BIN JUSOH,
Guru Penolong Kanan 1, Kulliah Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang (28 Jun 1939 – 1998)

Dilahirkan di Kampung Tanjung Batu Nenasi Pekan Pahang, Bapanya bersana Jusoh bin Ishak dan ibunya Wan Zainab bin Wan Abdullah. Dinamakan “Abd Samad” kerana semua anak-anak Jusoh yang terdahulu meninggal semasa kecil maka mereka sangat berharap anak keempat ini sihat dan selamat maka di namakan “Samad”. 1966 maka dengan resminya beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir dengan menjadi orang pertama mendapat biasiswa Kerajaan Negeri Pahang yang telah dibekukan selama 15 tahuN,setelah tamat beliau mengajar di Kulliah.

Allahyarham Prof Madya Dr Mohd Saudi bin Haji Joned
(Anak Pahang Pertama mendapat Phd Al Azhar Mesir).

Tuan Haji Ramli bin Mohammad
(Pengasas Madrasah Al Husna Pekan)


APA ITU DEMOKRASI..?

Pengertian demokrasi menurut para ahli

pengertian demokrasi
1. Pengertian demokrasi menurut Abraham lincoln
Demokrasi adalah suatu pemerintahan yang berasal dari rakyat, olehrakyat dan untukrakyat. Dapat disimpulkan bahwa pemegang kekuasaan yang tertinggi dalam suatu sistem demokrasi yaitu ada di kuasa rakyat dan rakyat memiliki hak, kesempatan dan suara yang sama untuk mengontrol dan mengatur kebijakan pemerintah melalui keputusan yang terbanyak.
2. Pengertian demokrasi menurut Hans Kelsen
Demokrasi adalah suatu bentuk pemerintahan dimana segala keputusan pemerintah yang penting secara langsung ataupun tidakdidasarkan padakesepakatan mayoritas yang diberikan dengan bebas kepada rakyat dewasa.
3. Pengertian demokrasi menurut Sidney Hook
Demokrasi adalah sistem pemerintahan dimana setiap keputusan pemerintah yang penting secaralangsung ataupun tidak didasarkan padakesepakatan mayoritas yang diberikan bebas dari rakyat dewasa.
4. Pengertian demokrasi menurut H. Harris Soche
Demokrasi adalah suatu sistem pemerintahan rakyat karena itu kekuasaanpemerintahanmelekat pada diri rakyat / orang banyak dan hak bagi rakyat atau orang banyak untuk mempertahankan, dan mengatur serta melindungi dari sebuah paksaan dan pemerkosaan orang lain / badan yang diserahi untukmemerintah.
5. Pengertian demokrasi menurut Ranny
Demokrasi adalah suatubentukpemerintahan yang ditata dan diorganisasikan berdasarkan prinsipprinsip kedaulatan rakyat,kesamaan politi,konsultasi atau dialogdenganrakyat dan berdasarkan padaaturan yang mayoritas.
6. Pengertian demokrasi menurut Hannry B.Mayo
Demokrasi adalah suatu kebijaksanaan umum yang ditetapkan atas dasar mayoritas oleh wakil-wakil yang diawasisecara efektif oleh rakyat dalam setiap pemilihan yangdidasarkanatas prinsip kesamaan politik dan dilaksanakan dalam suasana dimanaterjadi kebebasan politik.
7. Pengertian demokrasi menurut Merriam, Webster Dictionary.
Demokrasi diartikan sebagai pemerintahan oleh rakyat yang secara khusus oleh mayoritas dan pemerintahan dimana kekuasaantertinggi tetap dijalankan oleh rakyat baik langsung maupun tidak langsung dengan melewati sistem perwaklan yang biasanya dilakukandengan mengadakan pemilu secara bebas yang dilaksanakan secara periodik dan rakyat umumkhususnya untuk mengangkat sumber otoritas politik dan tidakadanya perbedaan kelas yang berdasar atas keputusan yang semena-mena atau berdasarkan keturunan.
8. Pengertian demokrasi menurut C.F. Strong
Demokrasi adalah suatu sistem pemerintahan yang mayoritas anggota dewan dari masyarakat yang turut ikut dalam politik berdasarkan sistem perwakilan yang menjamin pemerintah akhirnya dapat mempertanggungjawabkan segala tindakan pada mayoritas tersebut.
9. Pengertian demokrasi menurut Abdul Ghani Ar Rahhal.
Demokrasi adalah kekuasaan oleh rakyat dimana rakyat sebagai sumber kekuasaan. Ia menyebutkan bahwa Plato merupakan orang yang pertama kali mengungkapkan teori demokrasi, dimana sumberkekuasaannya merupakan keinginan yang tunggal bukan majemuk.
10. Pengertian demokrasi menurut Yusuf Al-Qordhawi
Demokrasi adalah suatu wadah bagi masyarakat untuk memilih seseorang untuk menjadi pengatur kepentingan masyarakat dimana pimpinannya bukanlah orang yang dibenci, peraturannya bukan yangmasyarakat tidak dikehendaki dan masyarakatberhak meminta pertanggungjawabab kepada penguasa apabila pemimpin tersebut salah. Tetapi masyarakat tidak berhak memecatnya jika menyelewengkan, masyarakat juga tidak bisa dibawa dalam sistem ekonomi, budaya, sosial atau sistem politik yang tidak dikenali dan tidak disukai.
11. Pengertian demokrasi menurut Koentjoro Poerbopanoto adalah suatu sistem yang dimana rakyat mesti ikut turut aktif berparsipasi dalam pemerintahan negara.
12. Pengertian demokrasi menurut Charles Costello adalah suatu sistem dalam politik pemerintahan dan sosial dengan kekuasaan terdapat di pemerintah tapi dibatasi oleh hukum dan juga merupakan suatu kebebasan kepada setiap warga negara dalam melindungi seluruh hak-haknya.
13. Pengertian demokrasi Menurut Samuel Huntington adalah demokrasi bisa hadir ketika para pembuat keputusan yang terkuat dalam suatu sistem itu dipilih melalui pemilu yang adil, jujur dan berkala serta menerapkan kebebasan bersaing untuk setiap calon yang bertujuan untuk memperoleh suara
14. Pengertian demokrasi menurut Maurice Duverger adalah cara pemerintahan dimana ada suatu golongan yang mesti diperintah dan memerintah sama ataukah tidak terpisahkan.
15. Pengertian demokrasi menurut Prof. Mr. Muhammad Yamin adalah suatu dasar didalam pembentukan pemerintahan dan berada didalamnya atau masyarat dalam sebuah kekuasaan untuk mengatur dan memerintah agar dikendalikan secara sah oleh setiap seluruh warga negara.
16. Pengertian demokrasi menurut International Commision of Jurist adalah suatu bentuk pemerintahan yang dimana terdapat hak dalam membuat sebuah keputusan politik mesti diselenggarakan oleh rakyat lewat para wakil yang telah terpilih dalam sebuah proses pemilu.
17. Pengertian demokrasi menurut Affan Ghafar adalah terbagi dalam dua hal yaitu demokrasi normatif adalah demokrasi yang umumnya diwujudkan oleh negera. Sedangkan untuk demokrasi empirik adalah suatu demokrasi yang wujudnya hanya berada di dunia politik.
18. Pengertian demokrasi menurut Yeni R. Lukiswara dan Sumarno AP adalah pemerintahan dari rakyatt, olehh rakyat dan untukk rakyat.
Nah dari pengertian demokrasi menurut para ahli diatas, kita dapat merumuskan bebera macam-macam demokrasi yaitu sebagai berikut:
1. Demokrasi pancasila adalah sistem demokrasi yang terpusat pada aspirasi, kepentingandan suara rakyat serta memiliki jiwadandasar paham pancasila atau nilai-nilai luhur pancasli yang bersumberpada tata nilaisosialbudaya.
2. Demokrasi liberal adalah sistem demokrasi yang menekankan pada kebebasan manusia untuk memiliki kepentingan manusia dan kekuasaan dalam pemerintahan yang dibatasi oleh undangundang.
3. Demokrasi terpimpin adalah sistem demokrasi yang ingin mengarahkan pada pimpinan tunggal
4. Demokrasi proletar adalah sistem demokrasi yang ingin menyejahterakan rakyat dengan segala sesuatuny ditetapkan dan dikuasai oleh negara serta tidak mengenal kelas masyarakat.
5. Demorasi totaliter adalah demokrasi yang mempunyai tujuan utama untuk menghalalkan segala cara.
6. Demokrasi titular adalah suatu sistem demokrasi yang bercampur dengan gaya lama dan modern.
7. Demokrasi formal adalah suatu demokrasi yang menempatkan persamaan kedudukan setiaporang dalam politik dengan tidak menyertakan upaya dalam menghilangkan kesenjangan ekonomi.
8. Demokrasi material adalah demokrasi yang tercipta atas persamaan ekonomi dan sosial.
9. Demokrasi campuran adalah demokrasi yangmenciptakan kesejahteraanrakyat dengan memposisikan semuaorang dengan hak yang sama.
Dari macam-macam demokrasi diatas maka kita dapat menemukan bebebrapa ciri-ciri demokrasi yaitu sebagai berikut:
1. Memiliki jaminan kekuasaan yang disepakati secara bersama
2. Memiliki jaminan kemerdekaan bagi setiap warga negara untuk berkumpul dan beroposisi.
3. Memiliki jaminan HAM (baca pengertian ham menurut para ahli).
4. Memiliki kekuasaan pemerintahan yang dikendalikan oleh rakyat dengan melalui utusan yang dipilih rakyat.
5. Memiliki persamaan kedudukan dan perlakuanbagi seluruh warganegara dalamhukum.
Adapun prinsip-prinsip demokrasi yang harus diketahui yaitu sebagai berikut:
1. Adanya jaminan hak asasi manusia atau HAM
2. Persamaan didepan hukum
3. Konstitusi membatasi kekuasaan pemerintah
4. Ada kebebasan pers.
5. Kebebasan memberikan pendapat dan berserikat
6. Pemilu yang jurdil (jujur, adil dan bebas) sesuai dengan aspirasi rakyat.
7. Peradilan yang adil dan jujur serta tidak memihak.

Demikianlah informasi tentang pengertian demokrasi menurut para ahli | Mudah-mudahan informasi tentang pengertian demokrasi menurut para ahli dapat memberikan manfaat dalam menambah wawasan tentang pengertian demokrasi menurut para ahli.