Pendahuluan
Syair keagamaan mula
diperkenalkan di dalam bahasa Melayu oleh Hamzah Fansuri di Acheh. Kebanyakan
syair hasil karya beliau adalah di dalam bentuk syair tasawuff yang membawa
ajaran Mertabat Tujuh yang terkenal itu. Di samping syair-syair yang di hasilkan
oleh Hamzah terdapat juga sebuah lagi syair yang agak awal iaitu sebuah syair
berbentuk roman yang berrtajuk “Syair Ken Tembuhan” syair ini tidak di ketahui
siapa pengarangnya.
Perkataan “ syair” di ambil dari
perkataan Arab; ia berupa serangkap puisi yang mengemukakan idea yang lengkap.
Syair sangat popular di kalangan orang Arab,sehingga penyair-penyair di zaman
Jahiliah dianggap aset yang sangat penting bagi sebuah kabilah atau puak-puak
yang terdapat di Tanah Arab. Zaman Jahiliah dianggap zaman kemuncak perkembangan
syair di kalangan orang Arab. Setelah orang Arab menerima Islam,syair terus
diperkembangankan dan disuaikan dengan tatasusila Islam,apabila agama Islam
diterima oleh penduduk di Alam Melayu,maka mereka menjadikan syair salah satu
bentuk hiburan dan penyampaian maklumat di kalangan mereka. Walau bagaimanapun
syair Melayu berlainan bentuk dan rentaknya dari syair Arab. Syair di Alam
Melayu lebih menyerupai pantun dari segi bentuk dan
rangkapnya.
Hamzah di anggap sebagai
orang yang pertama mencipta syair Melayu,ini kerana beliau ada mengariskan
cara-cara bagi membuat syair. Pelbagai bentuk ragam dan rentak syair yang
dihasilkan oleh Hamzah. Selepas syair diperkembangkan oleh Hamzah Fansuri,maka
syair digunakan dengan meluas oleh para pendidik untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan terutama bagi peringkat kanak-kanak.Disamping itu juga syair
mendapat tempat di kalangan para pencinta kisah-kisah roman. Beberapa hasil
karya roman di syairkan seperti Syair Dendang Setia,Syair Siti Zubaidah
dsb.
Syair-syair di Negeri
Pahang
Karya syair mula dikesan di
negeri Pahang adalah di dalam Bahasa Arab,ia tertulis pada batu nesan yang
dijumpai di Pulau Tambun di Pekan Pahang bertarikh 419H/1020 M. Potongan syair
itu menceritakan tarikh kematian si empunya makam tersebut yang
bemaksud:
Ingatlah dunia ini laksana
kenderaan,
Datang nya di waktu petang
,
Dan berlalunya diwaktu
subuh,
……………………………………………..
(rujuk :Mokhtar Shafiee – Makam Pulau
Tambun Pekan Pahang- Laporan Muzium Pahang )
Syair di dalam bahasa Melayu yang
pertama setakat ini dapat di kesan di negeri Pahang adalah merupakan perdebatan
di dalam masalah Ilmu Tauhid dan fahaman Mertabat Tujuh di antara Tuk
Shahibudin(1708-1800) dengan bapa saudaranya Imam Zul’ Bayan(1670-1740) yang
dikumpulkan oleh Sejarawan Pahang; Encik Zakaria Hitam,syairnya seperti di
bawah:
Kata Imam Zul
Bayan:
Iman Syah Budin alim
Betawi,
Batu Intan dikata
kawi,
Berbuat ibadat
bersayo diri,
Seperti kelakuan orang mencuri.
Ilmu Usul (luddin)
terlalu payah,
Sekalian ulamak selalu membantah,
Jikalau tak kena
kata sepatah,
Menjadi kafir nauzubillah.
(Buku Tokoh Ulamak
UKM 1983-Anjuran Fakulti Pengajian Islam )
Oleh kerana negeri
Pahang ketika itu menerima ajaran Mertabat Tujuh yang diasaskan oleh Hamzah
Fansuri; maka dengan mudah kita membuat kesimpulan bahawa syair mula
diperkenalkan ke Negeri Pahang menerusi karya-karya Hamzah yang di sebarkan dan
dipelajari di Pahang ketika itu.
Pengaruh Hamzah
begitu kuat hampir kesemua pusat pengajian di Pahang sekitar akhir 1600 dan awal
1700 masehi mengajar aliran ini,kecuali di beberapa tempat seperti pusat
pendidikan di Kampung Bangau Tanjung di bawah Tuan Guru Haji Ismal yang
merupakan guru kepada Tuk Shahibudin.
Syair-syair begitu
banyak dihasilkan di Pahang ketika itu tetapi di gelar “Syair Rejam” sebagaimana
di Berunei Darul Salam.
Bentuk-bentuk Syair
Pahang
A) Syair Akidah yang di
hasilkan oleh Tuk Shahibudin kebanyakannya mengenai kritikan kepada Ajaran
Mertabat Tujuh yang terdapat di Pahang di awal kurun ke 18,seperti Syair Asyikin
dan Syair Ghafilah.
B) Terdapat juga syair
di dalam bentuk pelajaran seperti Syair Usul dan Syair Sifat Dua Puluh yang
berkaitan dengan Ilmu Tauhid.Syair yang di hasilkan oleh Tuk Shahibudin boleh
digolongkan sebagai syair Keagamaan dan Syair Pelajaran.
C) Syair yang memuji
kebesaran Allah seperti Syair Tumbuh-tumbuhan.
D) Syair Tajwid
merupakan syair yang agak mendalam mengenai Ilmu Tajwid. Syair ini dikarang oleh
Imam Yaakub dan ia lebih merupakan satu terjemahan dari satu kitab atau syair di
dalam Bahasa Arab ke Bahasa Melayu, kitab asalnya belum dapat ditentukan namun
kemungkinan besar dari kitab Al Syatibi seorang penyair tajwid berbangsa Arab
yang sangat masyhur itu.
E) Syair Mertabat
Tujuh, syair ini tidak lagi dijumpai kerana tidak dijaga dengan sempurna oleh
warisnya,seperti Syair-syair karya Imam Dzul Bayan di Mengkarak.Dari beberapa
sumber penulis pernah menjejaki karya-karya ini di dalam milik orang
perseorangan tetapi gagal mendapatnya.[1]
F) Syair Sejarah iaitu
“Hikayat Pahang”.
Koleksi Teks Syair
Tuk Shahibudin
Di antara
koleksi teks syair yang banyak didapati di Pahang ialah hasil karya Tuk
Shahibudin. Karya di dalam bentuk syair yang dimiliki oleh orang persaorangan
seperti naskah-naskah di dalam simpanan:
a)Puan Saadiah binti
Imam Yaakub Kampung Raja Songsang Temerloh Pahang, iaitu Syair Asyikin,Syair
Ghafilah,Syair Usul,Syair Tumbuhan,Syair Burung,Syair Mekah,Syair
Kiamat.
b)Naskah Imam Mohd
Yassin bin Imam Yaakub Kampung Sanggang Seberang Temerloh Pahang, Naskah ini
penulis buat cetakan photocopy tetapi yang masih kekal hanya Syair Ghafilah
sahaja,yang lain sudah hilang.
c) Puan Hajjah
Sharifah binti Haji Ahmad Kampung Berhala Gantang,Temerloh Pahang . Naskah ini
pernah dikaji oleh Sdr Ariffin Said dari Universiti Putra Malaysia untuk Thesis Master beliau.
Di katakan naskah ini kepunyaan Kadi Ibrahim bin Hurairah ,bekas Kadi Besar
Pahang .Penulis percaya naskah ini ditulis lebih awal(1800
Masehi)
d) Dato’ Shahibudin
bin Imam Mohammad bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang berasal dari Kampung
Kuala Kaung, Lanchang Temerloh Pahang. Naskah yang paling sempurna setakat ini
di dalam simpanan Dato Shahibudin bin Imam Mohammad. Koleksi ini mempunyai
kesemua hasil karya Tuk Shahibudin yang belum dijumpai setakat ini seperti Syair
Kebun dan Syair Pembasuh Tangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan