Isnin, 28 Jun 2010

PAS BIMBANG UMNO DIKAITKAN DENGAN ULAMA MUDA....

KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.
Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.
"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.
"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.
Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.
KOMEN:-
APA PASAL PAS TERLALU TAKUT APABILA UMNO DIKAITKAN DENGAN BARISAN ULAMA MUDA MALAYSIA YANG INGIN BERSAMA-SAMA BERBAKTI KEPADA AGAMA & TANAHAIR....
ADAKAH HANYA PAS YANG LAYAK DIKAITKAN DENGAN ULAMA-ULAMA MUDA??
MALAYSIA NEGARA DEMOKRASI, SESIAPA BEBAS NAK FOLLOW MANA-MANA PARTI SIASAH.....
ADAKAH KERANA UMNO LEBIH JELAS PERJUANGANNYA UNTUK MENAIKKAN IMEJ AGAMA ISLAM DAN PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK HINGGAKAN MEREKA LEBIH BERMINAT UNTUK BERSAMA UMNO.....??
PAS SEMAKIN BIMBANG KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP DASAR-DASAR MEREKA YANG BNRUBAH-UBAH.....KEJAP HALAL KEJAP HARAM....
PAS GUNAKAN AGAMA UNTUK POLITIK TETAPI UMNO BERPOLITIK MENGIKUT AJARAN AGAMA ISLAM YANG SEBENARNYA....

Khamis, 17 Jun 2010

Peraturan dikuat kuasa halang YB khianati parti: Ngeh

KUALA LUMPUR: DAP akan menguatkuasakan peraturan menuntut mana-mana wakil rakyatnya yang melanggar akujanji atau keluar parti selepas Pilihan Raya Umum 2008 untuk membayar ganti rugi RM5 juta. (Berita Harian Online)


KOMEN:-



BERPOLITIK DALAM DUNIA ADALAH MELIBATKAN PEMERINTAHAN SEBUAH NEGARA...BIJAK & CERDIK PANDAI DALAM BERPOLITIK MAKA MAJULAH SESEBUAH NEGARA...APA AKAN JADI JIKA BUDAYA JUAL-BELI DIWUJUDKAN DALAM POLITIK NEGARA? MAKA PASTI SESEBUAH NEGARA AKAN JADI MUNDUR & MUSNAH KERANA IDEALOGI MATERIAL MENGUASAI PEMIKIRAN PEMIMPIN...


JIKA BN YANG MENTADBIR SEJAK 53 TAHUN YANG LAMPAU MENGAMALKAN KAEDAH PEMIKIRAN SEBEGINI PASTI NEGARA TIDAK AKAN MAJU. KERANA RM MENJADI FAKTOR KEUTUHAN ATAU KERUNTUHAN SEBUAH PARTI POLITIK...


DAP BELUM LAGI DIBERI MANDAT MEMERINTAH SEBAGAI TPM KEDUA, TELAH MENAMPAKKAN KERAKUSANNYA DENGAN MELETAKKAN SYARAT DENDA RM 5 JUTA AKAN DIKENAKAN KEPADA WAKIL RAKYAT YANG KELUAR DARI DAP..


ERTINYA WAKIL RAKYAT DARIPADA PEMBANGKANG TERPAKSA AKUR DENGAN APA JUA PERANCANGAN DALAM MENTADBIR NEGARA JIKA MEMERINTAH KELAK OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA DARIPADA PAKATAN RAKYAT.. MEREKA TIDAK BOLEH DITEGUR, TIDAK BOLEH DIBERI NASIHAT DAN TIDAK BOLEH TIDAK TERPAKSA IKUT APA JUA KEPUTUSAN MEREKA, SAMADA MELIBATKAN HAL-EHWAL EKONOMI NEGARA, PEMBELAAN RAKYAT MISKIN, MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT DAN MACAM-MACAM LAGI...


MAKA BERHATI-HATILAH BAHAWA APABILA PEMERINTAHAN BERTUKAR MAKA SEGALA DASAR AKAN BERUBAH...YANG KAYA TERUS RAKUS MENCARI KEKAYAAN DAN YANG MISKIN TERUS TERPINGGIR DARI EDARAN ZAMAN....
PUBLISITI PEMBANGKANG........
PAS
Majlis Syura bersetuju membenarkan calon daripada bukan Islam bertanding dalam PRU 13 akan datang. Kerana perubahan dasar mengikut peredaran zaman..Sokongan bukan Islam kepada PAS telah meningkat, katanya...
Komen...
1. Kenapa baru sekarang ianya dibolehkan???
2. Jika dasar tersebut telah dibenarkan oleh PAS makanya ianya telah diciplak daripada dasar BN yang telah diamalkan sejak Merdeka hingga sekarang...Iaitu perkongsian kuasa atas faktor kemajmukan masyarakat Malaysia.
3. Dahulu PAS keluarkan fatwa bahawa :-"...janganlah kamu memilih pemimpin dikalangan orang-orang bukan Islam, jika kamu lakukan juga maka kamu bukanlah dikalangan agama Allah....,haram pilih pemimpin dikalangan orang bukan Islam..."...NOW boleh pulak??? Cepatnya boleh berubah kefahaman ayat suci Al-Quran difikiran pemimpin-pemimpin PAS....Kejap HARAM kejap HALAL....
4. Jika demikian makanya BN lebih 'advanced ' daripada PAS dalam mentadbir negara berlandaskan Al-Quran & Hadis....
PKR
Pemimpinya menfitnah bahawa ahli parti pembangkang yang keluar daripada PKR telah dibayar dengan RM2 juta oleh BN..
Kerajaan bertukar tangan kepada pembangkang pada 16 September 2008,2009,2010,2011 dan tahun seterusnya...Menggunakan nama Agong & Angkatan Tentera Malaysia untuk tipu ahli-ahli PKR dan wakil rakyatnya.
Menawarkan jawatan TPM kedua kepada DAP..
PR akan menawan Putrajaya pada PRU13 akan datang.....
Komen
1. Kenapa apabila ahli BN keluar join pembangkang tak pulak dikatakan sebagai "lompat parti"..BN tak pun tuduh mereka terima rasuah daripada pembangkang..
2. Kerana nak sangat jadi PM, tunggulah PRU13 akan datang...Tak perlu kaitkan nama Agong dalam kancah politik yang diamalkan penuh dengan tipu helah & pembohongan..
3. Kenapa sanggup gadaikan Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk cari populariti dan pengaruh dikalangan bangsa bukan Melayu..
4. Dahulu katanya pembangunan Putrajaya oleh Tun Mahathir (PM ketika itu) adalah pembaziran, tetapi sekarang tergila-gila nak rampas Putrajaya....Maknanya mereka pun akui bahawa pembangunan Putrajaya telah menaikan imej Malaysia di mata dunia....
SIAPA TIPU SIAPA?????...............