Khamis, 17 Jun 2010

PUBLISITI PEMBANGKANG........
PAS
Majlis Syura bersetuju membenarkan calon daripada bukan Islam bertanding dalam PRU 13 akan datang. Kerana perubahan dasar mengikut peredaran zaman..Sokongan bukan Islam kepada PAS telah meningkat, katanya...
Komen...
1. Kenapa baru sekarang ianya dibolehkan???
2. Jika dasar tersebut telah dibenarkan oleh PAS makanya ianya telah diciplak daripada dasar BN yang telah diamalkan sejak Merdeka hingga sekarang...Iaitu perkongsian kuasa atas faktor kemajmukan masyarakat Malaysia.
3. Dahulu PAS keluarkan fatwa bahawa :-"...janganlah kamu memilih pemimpin dikalangan orang-orang bukan Islam, jika kamu lakukan juga maka kamu bukanlah dikalangan agama Allah....,haram pilih pemimpin dikalangan orang bukan Islam..."...NOW boleh pulak??? Cepatnya boleh berubah kefahaman ayat suci Al-Quran difikiran pemimpin-pemimpin PAS....Kejap HARAM kejap HALAL....
4. Jika demikian makanya BN lebih 'advanced ' daripada PAS dalam mentadbir negara berlandaskan Al-Quran & Hadis....
PKR
Pemimpinya menfitnah bahawa ahli parti pembangkang yang keluar daripada PKR telah dibayar dengan RM2 juta oleh BN..
Kerajaan bertukar tangan kepada pembangkang pada 16 September 2008,2009,2010,2011 dan tahun seterusnya...Menggunakan nama Agong & Angkatan Tentera Malaysia untuk tipu ahli-ahli PKR dan wakil rakyatnya.
Menawarkan jawatan TPM kedua kepada DAP..
PR akan menawan Putrajaya pada PRU13 akan datang.....
Komen
1. Kenapa apabila ahli BN keluar join pembangkang tak pulak dikatakan sebagai "lompat parti"..BN tak pun tuduh mereka terima rasuah daripada pembangkang..
2. Kerana nak sangat jadi PM, tunggulah PRU13 akan datang...Tak perlu kaitkan nama Agong dalam kancah politik yang diamalkan penuh dengan tipu helah & pembohongan..
3. Kenapa sanggup gadaikan Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk cari populariti dan pengaruh dikalangan bangsa bukan Melayu..
4. Dahulu katanya pembangunan Putrajaya oleh Tun Mahathir (PM ketika itu) adalah pembaziran, tetapi sekarang tergila-gila nak rampas Putrajaya....Maknanya mereka pun akui bahawa pembangunan Putrajaya telah menaikan imej Malaysia di mata dunia....
SIAPA TIPU SIAPA?????...............

Tiada ulasan: