Selasa, 19 April 2011

BN vs DAP

Teka-teki bila Pilihanraya Umum Dun Sarawak akan diadakan telah terjawab tatkala keputusan pilihanraya ditentukan pada 16hb April 2011........BN terus diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat negeri Sarawak untuk meneruskan perancangan pembangunan samada fizikal @ rohani khusus untuk rakyat Sarawak...16hb Sepetember yang diuar-uarkan oleh DS Anwar Ibrahim hingga kini akan terus berkubur dalam pemikiran rakyat bahawa ianya adalah janji-janji kosong dan nak berkuasa secara rampasan kuasa..


Dikalangan parti-parti pembangkang yang ada dalam selimut Pakatan Rakyat, DAP dilihat sebagai hero / juara kerana perolehi 13 kerusi daripada 15 kerusi Dun yang ditandingi..PKR sememangnya telah ditolak oleh rakyat Sarawak atas banyak faktor, yang paling utama faktor kepimpinan utama dalam PKR..Manakala PAS sekadar mengisi masa lapang ketika PRU Sarawak, hanya tanding 5 kerusi dan semua kalah, ianya betul-betul atas belas ehsan DAP & PKR, jika tidak mungkin tiada langsung kerusi ditandingi...


DAP berjaya menawan kawasan pengundi-pengundi cina di bandar-bandar..Mereka menggunakan faktor perkauman bahwa dah sampai masa kaum cina yang akan memerintah MALAY.....SIA maka pengundi mesti beri kemenangan besar kepada calon-calon DAP. Berbanding MCA mahupun GERAKAN tiada janji2 untuk memerintah/ mentadbir MALAY...SIA kepada rakyat kaum cina di bandar-bandar dan sepatutnya MCA & GERAKAN kena perjelaskan kepada rakyat cina bahawa dengan pentadbiran BN sejak lebih 50 tahun, tiada sekatan kepada kaum cina untuk berniaga dan menikmati kemewahan hidup di bumi MALAY....SIA...DAP meletakkan PKR dan PAS sebagai tunggangan keldai yang meskipun lambat untuk sampai tapi lambat laun akan dapat nikmat berkuasa di bumi MALAY....SIA...Mereka harapkan pertelingkahan antara sesama Melayu dari UMNO, PKR dan PAS akan berterusan sampai bila-bila dan pada masa itu DAP akan mengambil peluang dengan menyatakan bahawa dikalangan parti-parti dalam pembangkang hanya DAP yang stabil dan kukuh serta berpadu..maka merekalah yang layak untuk memerintah MALAY...SIA.


Bagi PRU yang akan mendatang, dilihatkan bahawa di kawasan bandar BN vs DAP manakala di kawasan luar bandar BN vs PKR/PAS.........

Tiada ulasan: