Khamis, 7 Januari 2010

BERSATULAH MELAYU......

Takala Agama Islam yang suci telah cuba dinodai oleh musuh-musuh Islam, banyak hati & perasaan Muslimin & Muslimat terguris, sedih dan marah. Kerana sebelum ini kita lihat kerja-kerja rakus ini dilakukan terhadap saudara seIslam diluar negara seperti di Palestine, Iraq, Indonesia, Thailand, negara-negara Afrika dan lain-lain.

Tetapi sejak-sejak akhir ini, kita di Malaysia telah pun terkena tempias tersebut. Angkara tak bersatunya Melayu Islam di Malaysia sekarang maka peluang ini akan diambil oleh musuh-musuh Islam yang tahu akan isikandungan Perlembagaan Persekutuan, tahu akan Islam agama rasmi Malaysia, tahu Melayu sebagai pribumi Malaysia tetapi sengaja untuk merobek keagungan Islam supaya menjadi selemah-lemahnya.

Setiap pelusuk Muslim cuba menyatakan bantahan sekeras-kerasnya agar kalimah Allah itu dipertahankan agar tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Ini adalah antara sebahagian cebisan kecil usaha yang dilakukan oleh kafir-kafir Islam bagi meruntuhkan kegemilangan Islam yang telah dipertahankan sejak lebih 50 tahun yang lampau.

Tetapi timbul tanda tanya, kenapa ada Muslim yang sanggup menyokong agar Kristian boleh menggunakan kalimah Allah yang Maha Suci itu.??

Allah telah peringatkan kita bahawa "TIADA AGAMA LAIN DISISI ALLAH MELAINKAN ISLAM.....". Perjuangan aqidah kita jelas bahwa Allah itu Esa tidak beranak dan tidak diperanakan. Tetapi Kristian pula percaya bahawa Nabi Isa a.s. adalah anak kepada Tuhan mereka. Secara terang-terang wujud perbezaan yang ketara. Tidakkah dengan membolehkan Kristian menggunakan kalimah Allah kelak akan mengelirukan masyarakat Islam terutama generasi akan datang..

Janganlah kerana tidak suka atas apa juga tindakan yang dilakukan oleh kerajaan BN, maka sanggup pembangkang menongkah arus kononnya tidak setuju dengan dasar-dasar kerajaan BN lalu menyokong agar Kristian dibolehkan mengguna kalimah Allah. Pembangkang sanggup menggunakan butiran-butiran sejarah Islam kononnya kalimah Allah ada diguna pakai oleh agama-agama lain sejak zaman sebelum dan selepas Baginda Nabi S.A.W.

Ketahuilah bahawa tiada Nabi selepas Baginda S.A.W, tiada agama selain Islam, tiada kitab selain Al-Quran.

Wajar kita pertahankan kalimah Allah untuk orang-orang Islam...Berjihad menentang musuh-musuh Islam.........Bukan hanya berjihad kerana kepentingan politik nafsu sahaja yang diamalkan oleh pembangkang.

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, inilah akibatnya bila ada orang Melayu Islam menjual maruah agama untuk kepentingan politik...... dulu kata berhihad untuk Islam menentang kemungkaran UMNO..... UMNO kafir kerana bersekutu dengan MCA & MIC..... kini apa jadi ?

Tanpa Nama berkata...

Teruskan penulisan anda demi Agama,Bangsa,Negara serta agar rakyat yang berfikiran sempit seperti Aris Fezul tidak menghina UMNO sesuka hati. UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.