Isnin, 18 November 2013

KENAPA MELAYU SOKONG PARTI CAUVANIS SYAITAN..


Kami bukan bodoh - Syed Araniri

Syed Araniri

ALOR SETAR 17 Nov. - Isu kelewatan pendaftaran permohonan penubuhan cawangan baharu DAP di Taman Wira, Mergong di sini yang menjadi antara punca Syed Araniri Syed Ahmad meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah baru-baru ini semakin membuka pekung pengurusan Biro Keahlian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.
Syed Araniri mendakwa, alasan CEC DAP kononnya permohonan tersebut mengambil masa kerana antara syarat untuk membuka cawangan baharu perlu mencukupi 50 ahli, tidak dapat diterima sama sekali.
Katanya, ini kerana CEC DAP awal-awal lagi telah memberi pengecualian kepada permohonannya untuk membuka cawangan Taman Wira itu yang pada asalnya mempunyai 35 ahli awal tahun lepas.
"Dalam perlembagaan DAP tidak ditulis memerlukan sehingga 50 ahli untuk membuka cawangan baharu, tetapi kita faham itu arahan dari CEC DAP.
"Oleh itu Lee Guan Aik selaku Pengerusi DAP Kedah pada masa itu menghubungi CEC DAP dan mereka memberi pengecualian kepada penubuhan cawangan ini yang dilihat sebagai 'kes istimewa' memandangkan semua ahlinya terdiri daripada orang Melayu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan DAP mendakwa kononnya isu kelewatan pendaftaran permohonan penubuhan cawangan baharu parti itu di Taman Wira 'bukan disengajakan' sebaliknya Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang belum meluluskannya.
Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari berkata, ia mengambil masa kerana pembukaan cawangan baharu memerlukan 50 ahli sedangkan cawangan Taman Wira yang ingin dibuka oleh Syed Araniri hanya mempunyai 35 orang.
Bagaimanapun katanya, setelah perbincangan semula diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, parti itu mengambil keputusan memberikan pengecualian dan menghantar permohonan tersebut kepada ROS pada Jun lepas.
Menurut Syed Araniri, pihaknya bukan bodoh untuk menghantar permohonan penubuhan cawangan baharu dengan 35 ahli jika CEC DAP mensyaratkan ia memerlukan sekurang-kurangnya 50 ahli bagi tujuan itu.
Katanya, oleh kerana CEC DAP telah memberi pengecualian, pihaknya menerusi DAP Kedah meneruskan permohonan penubuhan cawangan Taman Wira itu dengan 35 ahli meskipun dia mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang lagi menghantar borang permohonan keahlian tidak lama selepas itu.
"Takkan kita bodoh kalau 50 ahli diperlukan untuk tubuh cawangan dan kita hantar hanya 35 ahli, kita pun tahu sampai 10 tahun kita tidak dapat. Tetapi jawapan daripada CEC DAP Pusat mengatakan bagi cawangan Taman Wira tidak mengapa kalau 35 ahli.
"Kami membayar dan menyerahkan cek keahlian kepada DAP Kedah dan kemudian dihantar kepada DAP Pusat. Kalau Guan Aik tidak dapat arahan daripada DAP, tidak akan dia hendak hantar permohonan itu dengan hanya 35 ahli," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131118/po_10/Kami-bukan-bodoh---Syed-Araniri#ixzz2kyKrbrDz
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan: