Isnin, 18 November 2013

PECAH KAPAL.........PAS BARU SEDOR KO????

Dewan Pemuda Pas Kelantan desak DAP ambil tindakan


MUHAMMAD HAFIZ
KOTA BHARU 17 Nov. - Dewan Pemuda Pas Kelantan mendesak DAP supaya mengambil tindakan terhadap Pengerusi parti itu, Karpal Singh sekiranya beliau masih berkeras dan tidak mahu mengakui kesalahannya.
Timbalan Ketuanya, Muhammad Hafiz Musa berkata, tindakan tersebut perlu diambil atas semangat setiakawan demi menjaga keharmonian dalam pakatan pembangkang.
Beliau berkata, ini kerana Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob menyatakan pendiriannya setelah meneliti dan mengkaji secara mendalam mengenai perkara tersebut.
"Peringkat pertama kita dapat melalui media, jadi kita tapis dulu, kita tengok dulu, ada rakaman yang menyatakan beliau (Karpal) memperkatakan sesuatu tentang Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dan parti yang berasaskan kepada kaum dan agama di Malaysia.
"Sebab itu Raja Ahmad Iskandar bagi pihak Dewan Pemuda Pas menyatakan kepada Karpal tentang pendirian kita. Memang DAP perlu mengambil tindakan sekiranya Karpal masih berkeras, (tindakan itu) atas dasar semangat setiakawan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil akhbar The Star berhubung isu Ibrahim Libya yang disiarkan dalam akhbar tersebut baru-baru ini.
Akhbar hari ini melaporkan Karpal menempelak Raja Ahmad Iskandar yang menuduhnya berbohong ketika menafikan pernah meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.
Sambil memberi amaran supaya Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan, Karpal turut menuduh pemimpin Pas itu berbohong.
Kelmarin, Raja Ahmad Iskandar mendakwa mempunyai bukti Karpal berbohong apabila menafikan beliau pernah meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.
Beliau mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu.
Muhammad Hafiz bagaimanapun berkata, pihaknya percaya kenyataan Karpal itu adalah bersifat peribadi dan tidak ada kena mengena dengan pendirian rasmi DAP.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131118/po_04/Dewan-Pemuda-Pas-Kelantan-desak-DAP-ambil-tindakan#ixzz2kyIjzst0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan: